Semalam, industri seni tanah air diselubungi duka apabila pelakon veteran, Kamarool Yusoff, 67, atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Man meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan akibat masalah jantung tersumbat.
Pemergiannya turut mengudang rasa hiba dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengenali serta mengikuti perjalanan seninya.
Sebuah program bual bicara berkongsi semula sedutan video yang memaparkan Cik Man menyampaikan beberapa pesanan sebagai anak seni.
Difahamkan, program bual bicara itu berlangsung kira-kira sebulan lalu dan dikongsikan semula susulan berita pemergian Allahyarham.
“Baru sahaja bulan lepas kami berkesempatan borak borak dengan Cik Man, hari ini dapat perkhabaran duka Cik Man meninggal dunia.”
Apa yang paling terkesan apabila Cik Man berkata ‘jumpa di Syurga’, seolah-olah beliau sudah tahu masanya semakin hampir.
Artikel berkaitan: “I love you, teacher” – Guru Kongsi Momen Terakhir Dengan Lydia Ibtisam
Artikel berkaitan: Perginya Seorang Ikon Seni, Kenali Sosok Di Sebalik Nama Jalil Hamid
“Suka bersedekah, sentiasa cakap tentang kematian”
Dalam ruangan komen, netizen berkongsi keperibadian Allahyarham yang mungkin tidak diketahui ramai. Menurutnya, Allahyarham terkenal sebagai seorang yang gemar bersedekah kepada anak-anak yatim dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Perkongsian itu membuatkan ramai meluahkan rasa sebak, malah ada yang mengakui akan merindui keperibadian Allahyarham yang sentiasa merendah diri serta trademark beliau yang sentiasa mencuit hati peminat.

Sumber: Threads

17 hours ago
11
































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)

















