Syaz Ft 2026 08 06T164502.356

Rancangan realiti popular Akademi Fantasia (AF) sememangnya menyimpan seribu satu kenangan manis dan mencuit hati, bukan sahaja buat para peminat malah buat bekas pelajarnya sendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah ciapan di platform Threads daripada seorang pengguna dikenali sebagai @farisirsyad91 yang mengimbas kembali momen nostalgia sewaktu musim AF5. Memuat naik keratan video yang memaparkan pengkritik tetap, Ogy Ahmad Daud (Kak Ogy), pengguna berkenaan berseloroh mengenai babak ikonik yang mencuit hati.

Artikel berkaitan: “Lagu ‘A’ memang dah menang dah, tiba-tiba..” – Aizat Amdan ‘Spill Tea’ Pemenang AJL Dah Dirancang?

Artikel berkaitan: “Cute gila!” – Aizat Amdan Hulur ‘Mic’ Dekat YDPA, Tak Sangka Tahu Lagu ‘Hanya Kau Yang Mampu’

“@aizatamdan pun kantoi ter”ayo yo” dengan @kak_ogy,” tulis pengguna berkenaan pada hantaran yang memaparkan aksi bertenaga Kak Ogy sewaktu memberi kritikan.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah respon berseloroh daripada penyanyi dan komposer ternama, Aizat Amdan sendiri di ruangan komen.

Melihat kembali klip lama sewaktu beliau masih bertanding di atas pentas AF5 suatu ketika dahulu, Aizat secara berseloroh mengakui seolah-olah tidak mengenali dirinya yang dulu.

“Weh aku tak kenal sapa atas stage tu,” balas Aizat ringkas tetapi cukup untuk membuatkan netizen terhibur.

Interaksi santai itu mendapat perhatian ramai warga maya yang turut sama bernostalgia mengingati zaman kegemilangan AF5, selain memuji perjalanan seni Aizat yang kini telah berkembang matang sebagai antara pengkarya muzik disegani tanah air.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.