“Satu RM2” – Remaja 16 Tahun Ditahan Polis, Jual Gambar Luc*h Yang Diedit Guna AI

4 days ago 16

Tidak dinafikan AI atau Artificial Intelligence memang banyak membantu kehidupan seharian manusia.

Daripada sebesar-besar tugas seperti mengawal selia data sehinggalah ke sekecil-kecil tugas seperti mengedit gambar, ramai di antara kita sudah bijak menggunakan teknologi ini.

Walau bagaimanapun, kehebatan AI ini tidak sepatutnya disalah guna seperti apa yang dilakukan oleh seorang remaja di Johor Bahru baru-baru ini.

Menurut Buletin TV3, pihak polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun selepas dia dipercayai memuat naik dan menjual gambar lucah yang disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam talian, semalam.

Artikel berkaitan: “Sudah dikenal pasti” – Polis Buka Siasatan Dalaman Terhadap Anggota Didakwa Tunjuk Isyarat Lucah

Artikel berkaitan: “Ustaz luar negara kata haram?” – Trend ‘Edit’ Gambar Jadi Kartun, Ini Penjelasan UAI

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pihaknya menerima laporan daripada remaja perempuan berusia 18 tahun pada 3 April lalu yang mendakwa ada gambar lucah yang sudah disunting menggunakan gambar wajahnya tular di media sosial.

BULETIN TV3 N 2025 01 23T084834.607

Mangsa mendapati gambar lucah itu turut cuba dijual dalam talian. Ketika tangkapan dibuat, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk menyunting dan memuat naik gambar mangsa-mangsa suspek ke laman sosial bagi tujuan jualan.

“Siasatan awal mendapati suspek memperoleh gambar mangsa daripada akaun media sosial sebelum menyuntingnya menggunakan aplikasi AI. Setiap keping gambar dipercayai dijual pada harga RM2,” katanya dalam satu kenyataan media.

JUST IN

Polis Johor telah menahan seorang lelaki berusia 16 tahun semalam kerana disyaki menggunakan AI untuk edit gambar bogel menggunakan imej muka mangsa² yg diambil dari media sosial.

Gambar itu dikatakan dijual dgn harga RM2 setiap satu.

Saspek kini direman 4 hari. pic.twitter.com/u4VCuqlCZh

— Hariz Mohd (@HarizMohdWrites) April 9, 2025

Ketika ini, suspek telah direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dalam pada itu, pihak polis juga telah menerima lapan laporan lain yang membabitkan kes dan suspek yang serupa.

Mangsa yang terjejas disarankan untuk tampil membuat laporan polis di balai berdekatan. Sebarang maklumat bolehlah disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Huda Shohodin di talian 013-5382698.

Moga-moga muka-muka kita ni bukanlah di antara yang menjadi mangsa dalam kes ini. 

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |