Beberapa minggu sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 berlangsung, timbul isu viral mengenai penularan novel versi ebook yang didakwa berunsur seksual atau genre ‘spicy’.
Apa yang membimbangkan, karya matang ini didakwa turut menjadi kegilaan remaja dan pelajar sekolah, sekali gus mengundang kegusaran ramai. Berikut kami tanya sendiri apa pendapat novelis-novelis tersohor Malaysia berkenaan isu panas ini.
“Terkejut Orang Boleh Tulis Secara Terbuka”
Novelis Hezzy Azra mengakui terkejut apabila mendapati ada pihak yang sanggup menghasilkan karya berunsur sensitif sedemikian secara terang-terangan.

“Frankly speaking, saya terkejutlah yang ada orang boleh tulis macam ni very openly. Sebagai pembaca, saya tak senang. Sebagai penulis pun saya rasa benda ni salah,” katanya yang turut mempersoalkan motif penulisan yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat.
Sanggup Kejar Populariti Singkat
Dalam pada itu, novelis Ebriza Aminuddin tidak menolak kemungkinan bahawa lambakan novel bergenre lucah ini diterbitkan semata-mata demi mengejar populariti di media sosial.

“Ada yang ingin populariti melonjak, sanggup menulis novel ‘spicy’ ini. Memang buku macam ni viral… Tapi, adakah dia akan rasa selesa dapat hasil daripada karya macam ni?” soalnya sambil menitipkan pesan agar ibu bapa sentiasa memantau bahan bacaan anak-anak.
“Kita Menulis Untuk Jariah Kita”
Sementara itu, novelis A. Darwisy menyifatkan trend ini sebagai satu perkembangan yang sangat tidak sihat dan mengingatkan para penulis tentang saham dosa pahala yang akan ditanggung.

“Kita menulis untuk jariah kita. So kita tak boleh tulis benda yang sia-sia. Bayangkan… bila kita dah tua, kita dah tak mampu nak sekat orang punya kritikan, kecaman, dosa kita akan berpanjangan. So, saya sangat takut benda tu,” luahnya.
Sumber: Lobak Merah

9 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















