Remaja Dipercayai Alami Lebih 10 T*kaman, Berikut Kronologi Kes T*kam Di Sekolah Banting

8 hours ago 15

Tahun lepas, heboh kes menggegarkan negara apabila seorang pelajar bertindak agresif dengan menyerang seorang pelajar lain di sebuah sekolah yang terletak di Bandar Utama. Dilaporkan mangsa yang diserang menggunakan pisau itu maut akibat tikaman yang dilakukan oleh suspek.

Insiden lebih kurang sama dilihat berlaku di sebuah sekolah menengah yang terletak di Banting pagi tadi, di mana seorang remaja perempuan bertindak menyerang pelajar di sekolah tersebut menggunakan pisau sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang pelajar perempuan.

Dapat dilihat dalam satu video tular, pelajar lain bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri sebelum sebarang kejadian buruk berlaku.

Artikel berkaitan: “Mangsa dilaporkan stabil” – [TERKINI] Kes T*kam Pelajar Di Banting

Artikel berkaitan: Kejadian Temb*kan Di Banting, Seorang Lelaki Maut Ketika Makan Di Restoran

Mangsa ditikam belasan kali

Screenshot 2026 07 06 125328

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Banting didakwa telah ditikam belasan kali oleh seorang pelajar perempuan lain.

Suspek yang sama umurnya dengan mangsa dilaporkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan yang lalu dan suspek juga sedang menjalani rawatan kesihatan.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan pada belakang badan dan bahu. Sumber melaporkan bahawa sebelum kejadian, suspek yang memaki baju T hitam dan berseluar kotak merah dilaporkan memasuki kawasan sekolah menerusi pintu masuk utama.

Selepas kejadian tikaman itu, suspek telah ditenangkan oleh guru di kawasan tepi surau sekolah dan dalam masa yang sama, pihak sekolah telah menghubungi pihak polis.

Suspek telah ditahan dan polis turut merampas senjata berupa pisau yang digunakan dalam kejadian itu.

Bukan sasaran, cuma tak sempat lari – Bapa mangsa

Sementara itu, bapa mangsa dilaporkan terkejut apabila mendengar khabar berita itu. Mohd Firuz Ibrahim, 43 berkata, anaknya berada dalam keadaan sedar dan boleh bercakap ketika dia menemuinya di Hospital Banting berikutan kejadian itu.

Katanya, doktor memaklumkan bahawa mangsa mengalami kecederaan termasuk pada bahagian paru-paru bahagian kiri.

“Semasa saya sampai, keadaannya agak teruk. Tidak lama kemudian, mereka membawanya untuk menjalani imbasan bagi mengenal pasti tahap kecederaannya. Paru-paru kirinya tercedera. Dia sedar dan boleh bercakap.”

Katanya, kesan didakwa kira-kira 14 tikaman itu kebanyakannya berada di belakang badan selain di muka dan kepala.

Katanya, mangsa dan suspek pernah menjadi rakan sekelas pada tahun lalu dan mengenali antara satu sama lain dan dia juga tidak rasa bahawa anaknya adalah sasaran suspek.

Screenshot 2026 07 06 125353

“Mereka kenal antara satu sama lain. Mereka rakan sekelas tahun lepas. Saya rasa anak saya bukan sasaran. Mungkin dia mahu menyasarkan orang lain, tetapi anak saya kebetulan berada paling dekat dengannya. Mungkin juga kerana badan anak saya agak besar, dia tidak sempat melarikan diri.”

Kata Mohd Firuz, ketika dia mendapat makluman tentang anaknya itu, dia pada waktu itu bekerja menyusun barang dan menyedari bahawa terdapat beberapa panggilan yang tak dijawab pada telefon bimbitnya.

“Apabila saya melihat telefon, saya tertanya-tanya mengapa ada begitu banyak panggilan tidak dijawab. Saya kemudian nampak guru sekolahnya ada menelefon.

“Apabila saya menelefon semula, barulah saya tahu apa yang telah berlaku. Pada mulanya, saya fikir anak saya mungkin jatuh sakit atau demam. Saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah ditikam.”

Maklumnya lagi, doktor juga kini sedang berusaha mengeluarkan darah daripada paru-paru anaknya.

Suspek telah ditahan polis – Jabatan Pendidikan Selangor

Whatsapp Image 2026 07 06 At 12.42.54 E1783313394497

Dalam pada itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan situasi mangsa yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital. Bahkan, mereka turut memaklumkan bahawa suspek kini sudah ditahan oleh pihak polis.

“JPN Selangor memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. Tumpuan utama pada ketika ini adalah untuk memastikan murid yang tercedera mendapatkan rawatan terbaik dan bantuan diberi kepada keluarga.”

JPN Selangor juga telah menggerakkan pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah tersebut.

Tikam 1

Dalam pada itu, pihak berkuasa kini masih lagi sedang menjalankan siasatan terhadap motif kejadian ini.

Sebelum ini, tular video memperlihatkan seorang pelajar sekolah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri kerana dipercayai berlaku insiden serangan seorang remaja perempuan terhadap pelajar sekolah menggunakan pisau semasa waktu sesi persekolahan.

Dalam pada itu, turut kelihatan seorang perempuan memakai baju berwarna hitam sedang berjalan sambil membawa pisau.

Sumber : Harian Metro 1, Harian Metro 2, Facebook, Harian Metro 3

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |