Satu kejadian tragis menimpa seorang remaja perempuan berusia 15 tahun apabila dia dipercayai menjadi mangsa samun dan rogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Insiden malang itu berlaku sewaktu mangsa sedang keluar berjoging bersama adik lelakinya di kawasan Palekbang. Tumpat, Kelantan sempena cuti Awal Muharram, Rabu lalu.
Mangsa yang mengalami kecederaan ditemui oleh orang awam di kawasan berhampiran semak sekitar jam 11 pagi, sebelum segera dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
Artikel berkaitan: Sangka Anak Meninggal Dunia Sebeb Komplikasi Vaksin Covid-19, Rupanya Dir*gol & Dib*nuh Abang Ipar Sendiri
Artikel berkaitan: Desakan Ibu Bongkar Anak 13 Tahun Dir*gol Atuk, Warga Emas 67 Tahun Direman
Menurut nenek mangsa yang mahu dikenali sebagai Rokiah, 74, kedua-dua cucunya itu keluar berjoging bersama-sama pada awal pagi. Bagaimanapun, mereka dipercayai terpisah selepas cucu lelakinya yang berusia 10 tahun tidak dapat mengejar rentak larian kakaknya.

“Dia beritahu saya dia berasa penat dan tertinggal di belakang, dia cari kakaknya tetapi tidak jumpa dan menyangka kakaknya sudah pulang ke rumah sebelum dia pun balik.
Kami hanya mengetahui kejadian itu selepas menerima panggilan daripada bapa mangsa sekitar tengah hari yang memaklumkan remaja tersebut ditemui berhampiran kawasan semak,” katanya.
Berita menyayat hati itu mengejutkan seluruh ahli keluarga mangsa, yang menyifatkan remaja anak kedua daripada tiga beradik itu sebagai seorang anak yang sangat taat kepada ibu bapa. Rokiah menegaskan bahawa pihak keluarga menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada pihak berkuasa demi keadilan mangsa.
“Kami berharap individu yang melakukan perbuatan itu dapat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Mangsa kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, mengesahkan pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut. Beliau menyatakan bahawa kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian

6 hours ago
9































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















