Impian seorang murid cemerlang berumur 12 tahun untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh kini mungkin lebur, selepas dia tidak dapat bersekolah sejak 4 bulan lalu.
Kanak-kanak perempuan itu difahamkan hampir lumpuh selepas mangsa mengalami masalah pada otot dalaman badannya dan disahkan mengalami Gangguan Stress Pascatrauma (PTSD) yang didakwa berpunca daripada kes buli yang dilakukan oleh rakan sekolah.
Artikel berkaitan : “Buli dah jadi tradisi” – Intan Serah Kongsi Memori Pahit Zaman Sekolah, Pernah Dipaksa T*mpar Kawan Sendiri!
Artikel berkaitan : Murid Tahun 5 J*tuh Bangunan Ketika Ambil Kasut Bukan Mangsa Buli, Ini Rupanya Cerita Sebenar
Hampir lumpuh
Ibu mangsa, Norasikin Hasin berkata, anaknya yang tinggal di asrama sebuah sekolah rendah di sini, dipercayai menjadi mangsa buli fizikal dan mental sehingga terpaksa menjalani rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
Menurutnya lagi, masalah kesihatan yang dialami anaknya itu mula disedari sejak bulan Februari, apabila mangsa mengadu sakit belakang dan sikapnya berubah setelah pulang bercuti di rumah.

“Saya sangka anak hanya sakit biasa, namun mula berasa pelik kerana dia lebih banyak berbaring. Selama tiga hari dia tidur bermula 2 petang hingga 1 pagi keesokannya. Saya kejutkan untuk mandi dan makan tetapi dia menolak.”
“Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa hari. Kemudian baru saya perasan terdapat lebam pada tubuhnya dan dia juga seperti menahan sakit di bahagian belakang badan.”
Dalam pada itu, Norasikin turut mengatakan yang dia dan suami, Muhamad Abdul Hadi Mohd Fauzi, 32, ada meminta anak untuk menceritakan perkara sebenar. Mangsa mendedahkan yang dia seringkali dibuli oleh tiga rakan sekelas dan dipaksa menyiapkan kerja sekolah mereka.
Malah, mangsa juga turut dipulaukan oleh ketiga-tiga rakan tersebut dan orang lain dihasut untuk tidak berkawan dengannya.
“Kakak (anak) kemudiannya beritahu kemuncak kejadian buli apabila seorang pembuli bertindak menarik kerusi ketika dia mahu duduk di dalam kelas.”
“Doktor yang melakukan ujian imbasan sinar-X di hospital mendapati tulang belakang kakak sedikit lari (bengkok) daripada kedudukan asal.”
“Pada 22 Februari hingga awal Mac lalu, anak saya terpaksa ditahan di wad kerana disahkan menghidap PTSD oleh pakar psikiatri dan mengalami masalah pada otot dalaman badannya oleh pakar neurologi.”
Jelas Norasikin lagi, kesan trauma akibat perbuatan buli itu telah mengubah perwatakan anaknya yang asalnya seorang yang ceria, positif kepada seorang yang sering menyendiri, meracau dan mengalami halusinasi. Lebih memilukan lagi, anaknya terpaksa bergantung kepada ubat penenang dan tahan sakit setiap hari.
“Walaupun dia di rumah bersama kami, ada ketikanya dia akan menjerit dan membaling barang seolah-olah berhalusinasi melihat pembulinya.”
“Ketika di hospital, jururawat hendak periksa tekanan darah pun dia baling bantal sebab terbayang muka kawan yang membulinya.”
“Sekarang untuk berjalan pun dia perlu dipimpin kerana berasa seperti di awangan.”
Sehubungan kejadian itu, keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada 25 Februari lalu, namun mereka mendakwa sehingga kini tiada apa-apa perkembangan.
Malah, aduan yang telah dipanjangkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga setakat ini masih lagi dalam status menunggu hasil siasatan polis.
Sementara itu, bapa mangsa berkata, pendapatan bulanannya sekitar RM 1,300 kini turut terjejas kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan bagi menampung kos perubatan, petrol kenderaan untuk ke hospital serta segala perbelanjaan untuk mendapatkan alat sokongan badan yang jumlahnya mencecah ribuan ringgit.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah mengesahkan bahawa pihak mereka ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Kes itu sedang dalam siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keeksaan.
“Kertas siasatan (IP) juga sudah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan lanjut.”
Sumber : Harian Metro

13 hours ago
10

![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)




























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















