Program Makanan Bergizi Gratis (MBG) ialah satu inisiatif di Indonesia yang menyediakan makanan berkhasiat secara percuma kepada pelajar di sekolah, dengan tujuan meningkatkan pengambilan zat makanan, menyokong kesihatan serta perkembangan kanak-kanak sekolah.
Terbaru, ratusan siswa dan guru SMK N 1 Saptosari dan SMP N 1 Saptosari mengalami keracunan selepas makan makanan MBG.
Artikel berkaitan: Alami Gejala Pening, Muntah Dan Cirit-birit, 4 Sekeluarga Keracunan Lepas Makan Ikan Buntal
Artikel berkaitan: Murid Darjah 4 Meninggal Dunia Akibat Keracunan Makanan Di Sandakan
Bupati Gunungkidul, Endah Subekti Kuntariningsih berkata, seramai kira-kira 600 pelajar dan guru disyaki mengalami keracunan akibat makanan daripada program MBG.
KERACUNAN MBG LAGI..!
Sebanyak 695 siswa SMP dan SMK di Saptosari, Gunungkidul, diduga mengalami keracunan makanan setelah mengonsumsi menu Makan Bergizi Gratis (MBG). pic.twitter.com/TXrQClyAmP
— 𝔹𝕚𝕃𝕃 ℝ𝕒𝕐 (@BiLLRaY2019) October 29, 2025
“Masih ada puluhan pelajar yang tidak hadir ke sekolah dan belum dapat dipastikan sama ada mereka turut mengalami keracunan MBG atau tidak,” katanya.
Sebelum mengalami gejala keracunan makanan, ratusan pelajar tersebut menikmati hidangan MBG pada Selasa (28 Oktober 2025). Endah memaklumkan bahawa pihaknya telah memantau kejadian itu.
“Kami segera berkoordinasi dengan Ketua Jabatan Kesihatan, Ketua Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) serta Ketua Jabatan Pendidikan untuk melakukan pendataan. Semua ambulans dan petugas perubatan telah dikerahkan bagi menangani kes ini,” katanya.
Pelajar yang mengalami gejala keracunan makanan seperti muntah-muntah, cirit-birit, pening kepala dan sakit perut telah dirawat di Puskesmas serta Hospital Daerah Saptosari.
Sumber: IDN Times

3 days ago
19































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















