Rakan Sebak Kenang Allahyarham Mustaqqeem, Dakwa Arwah Memang Tak Tahan Sejuk

9 hours ago 7

Pemergian Allahyarham Mustaqqeem Mansor, pendaki yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang, masih meninggalkan luka yang mendalam buat keluarga serta rakan-rakan terdekatnya.

Salah seorang sahabat arwah, Fahmi Pawzi, meluahkan rasa kecewa di Facebook apabila mendakwa Mustaqqeem ditinggalkan bersendirian semasa mendaki hanya kerana mengalami kekejangan otot.

Menurut Fahmi, dia sukar menerima jika benar kumpulan pendaki lain sanggup meninggalkan arwah semata-mata untuk mengejar ‘pace’ atau kelajuan pendakian.

“Hang kena tinggal sebab cramp saja? Aku ingat cedera teruk, patah ke apa… tapi sebab cramp je depa tinggal hang?” tulisnya.

Artikel berkaitan: “Anak meninggal kita reda, tapi kenapa mereka tinggalkan dia?” – Luahan Ibu Allahyarham Mustaqqeem

Artikel berkaitan: Punca Kematian Pendaki Gunung Liang Disahkan Akibat Hipotermia Atau Kesejukan Melampau

Allahyarham Mustaqqeem MansorAllahyarham Mustaqqeem Mansor

Fahmi turut mempersoalkan bagaimana kumpulan tersebut boleh tiba di bawah lebih awal sedangkan mereka tahu Mustaqqeem mengalami kecederaan kaki.

“Katanya tak tinggal, tapi macam mana boleh sampai bawah dulu kalau dah tahu kaki hang sakit?” soalnya lagi.

Difahamkan, Mustaqqeem, 34 tahun, bersama 10 lagi pendaki memulakan ekspedisi Trans Slim dari Bukit Fraser pada 10 Oktober lalu dan dijangka menamatkan pendakian di Gunung Liang. Namun, dia dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di puncak Gunung Liang Barat pada malam 14 Oktober.

Beberapa hari kemudian, pasukan penyelamat menemui jasadnya dalam keadaan seperti sedang tidur di puncak gunung.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat hipotermia, atau kesejukan melampau.

Dalam perkongsian sama, Fahmi turut mengimbas tabiat arwah yang sejak dahulu memang tidak tahan cuaca sejuk.

“Mus, tengok gambar hang bawah beirut tu buat aku teringat. Dari dulu hang tak boleh sejuk, mesti selimut sampai kepala. Sekarang pun hang masih sama, cuma kali ni kau tidur selamanya,” tulisnya.

Sumber: Facebook Fahmi Pawzi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |