Kehadiran invididu yang dikenali sebagai Coach Cerai yang menemani pelakon Uqasha Senrose ke mahkamah syariah pada Selasa lalu telah meraih perhatian ramai dan mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Ramai yang tertanya siapakah individu terbabit dan apakah fungsi sebenar Coach Cerai serta sama ada profesion itu diiktiraf secara rasmi di negara ini.
@mbuzzterhangatAkhirnya Uqasha tiba di perkarangan Mahkamah Syariah sambil ditemani Coach Cerai. #meloditv3
♬ original sound – Mbuzz Terhangat – Mbuzz Terhangat
Artikel berkaitan: “Kamal loves you” – Netizen Main Peranan, Banjiri Komen IG Uqasha Dengan Pesanan Kamal Adli
Artikel berkaitan: Uqasha Senrose Buat Permohonan Maaf Atas Keterlanjuran Mengenai Isu Rumah Tangga
Bukan ajar orang bercerai
Menjelaskan peranan sebagai Coach Cerai, Mohd Izary Muhammed Ikhbal, 45, mengakui ada yang mengecamnya sehingga dipanggil dasim (syaitan atau jin yang merosakkan rumah tangga) kerana gelaran itu dianggap negatif.
Mohd Izary bagaimanapun tidak menyalahkan tanggapan negatif terbabit kerana ramai yang tidak memahami skop kerjanya yang sebenarnya untuk membantu selamatkan rumah tangga.
Dia sebelum ini ceburi bidang kewangan selama dua dekad, namun selepas melalui dua kali perceraian, Mohd Izary memilih untuk beralih arah dan menubuhkan khidmat Coach Cerai sejak Oktober tahun lalu.
“Alhamdulillah, rumah tangga saya sekarang sudah bertahan selama 12 tahun dan sebelum ini, saya pernah beri nasihat kepada pasangan yang ada isu rumah tangga supaya tak bercerai.
“Jadi, ada ramai orang terdekat bagi cadangan untuk saya jadi ‘coach cerai’… jadi saya nampak ia satu peluang yang baik kerana saya pun ada pengalaman (pernah berpisah) walaupun bukan terapi, peguam atau doktor,” katanya.
Ramai klien puas hati
Tambahnya, dia bukan sahaja menerima klien dalam kalangan rakyat tempatan malah ada yang dari luar negara yang mana sesi bimbingan diberikan secara dalam talian.
“Pendekatan saya adalah dengar masalah klien kemudian bimbing mengikut situasi bersandarkan pengalaman peribadi saya dan perkara pertama adalah bantu perbetulkan pemikiran mereka mengenai rumah tangga.
“Saya tak pernah galak orang bercerai tapi bagi mereka (klien) ‘cermin’ untuk lihat semula diri dan beri kesedaran, bukannya beritahu apa mereka patut buat.”
Jelasnya lagi, peranannya tidak akan menyentuh soal undang-undang dan akan meminta klien untuk rujuk dengan peguam yang lebih arif.
Katanya, rata-rata kliennya memberi maklum balas positif selepas mengikuti programnya.
Justeru, Mohd Izary berharap dapat memperluaskan lagi khidmatnya supaya dapat membantu lebih ramai individu terutama dalam fasa awal pasca perceraian.
Sumber: Harian Metro

3 days ago
15






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















