Selangor kini melangkah ke hadapan dalam sektor tenaga boleh baharu dengan pembukaan pusat kompetensi kenderaan elektrik (EV) dan solar pertama negara di Shah Alam.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pusat kompetensi itu diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sustainable Energy Development Authority (SEDA).

Menurutnya, penubuhan pusat latihan kenderaan elektrik (EV), Autotronics Centre of Excellence (Autotronics) ini bukan sahaja mengukuhkan agenda TVET hijau negara, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam sektor teknologi hijau.
“Inisiatif ini mampu membuka peluang kepada anak muda untuk meningkatkan taraf hidup melalui kemahiran teknikal yang relevan dengan keperluan industri,” katanya.

Tambah beliau, pembangunan tenaga kerja mahir amat penting kerana teknologi canggih sahaja tidak mencukupi tanpa tenaga kerja yang mampu mengendalikan dan menyelenggarakannya.
Artikel berkaitan: Mengapa TVET & STEM Adalah ‘Jantung’ Industri Masa Depan Negara
Artikel berkaitan: TVET Kekal Di Bawah 12 Kementerian, Penyelarasan Diperkasa
Dalam majlis sama, Yayasan Mahir Malaysia dan kerajaan negeri turut menyediakan sokongan kewangan kepada pelatih sebanyak:
- RM100,000 bagi golongan B40 dan M40
- RM100,000 sumbangan tambahan kepada pelajar layak yang menyertai program

Dalam usaha menyokong peralihan tenaga negara, Selangor menyasarkan untuk menjadi hab teknologi bersih serantau, selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Pusat Autotronics yang beroperasi di Subang 2, Shah Alam dilengkapi fasiliti moden seperti:
- Makmal kenderaan elektrik dan hibrid
- Makmal sistem solar fotovoltaik (PV)
- Kemudahan diagnostik bateri EV

Setakat ini, pusat berkenaan telah melahirkan:
- Lebih 1,000 graduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang EV
- Lebih 1,500 juruteknik bertauliah di bawah Institute of the Motor Industry (IMI), United Kingdom
Kejayaan ini turut didorong kerjasama antara sektor awam dan swasta termasuk Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam membangunkan tenaga kerja masa depan.
Sumber: Astro Awani

8 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















