Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang pendaki yang ditemui dalam keadaan meninggal dunia seorang diri di Gunung Liang, Perak.
Lebih menyayat hati apabila mangsa dipercayai ditinggalkan berseorangan di gunung tersebut selepas mangsa tercedera ketika mengikuti ekspedisi Trans Slim dari Bukit Fraser ke Gunung Liang.
Terkini, laporan bedah siasat jasad mangsa iaitu Allahyarham Mustaqqeem Mansor mendapati bahawa mangsa meninggal dunia akibat hipotermia atau kesejukan melampau.
Proses bedah siasat jasad Allahyarham telah dijalankan semalam di Hospital Slim River, Perak oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, lapor Sinar Harian.
Artikel Berkaitan: Kes Pendaki M*ut Di Gunung Liang, Polis Tahan 2 Malim Gunung
Artikel Berkaitan: Setiap Posisi Ada Tugasnya, Ini Peranan Sweeper Dan Posisi Lain Dalam Istilah Daki Gunung
Selepas proses bedah siasat selesai, jenazah mangsa difahamkan dibawa ke kampung halaman untuk dikebumikan setelah dituntut oleh ahli keluarganya.
Dalam masa yang sama, polis juga difahamkan telah menahan dua orang malim gunung atas kesalahan memasuki hutan simpan tanpa permit di sempadan negeri itu.
Sumber: Sinar Harian