ft pelajar gaduh

Tular satu video berdurasi 1 minit 39 saat memperlihatkan satu kejadian pergaduhan pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah yang terletak di Telok Panglima Garang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata sebelum ini pihaknya telah mengesan video itu pada jam 8.30 pagi.

Artikel berkaitan : “Berlatih silat ke tu?” – Netizen Terkejut Tengok Lelaki Tiba-tiba Bergaduh Seorang Diri

Artikel berkaitan : Kemalangan Babitkan 4 Kenderaan Bertukar Jadi Kecoh Apabila Tercetus Pergaduhan Guna Kayu

Polis tak ambil tindakan sebab…

Screenshot 2025 10 17 120057

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat hadir ke sekolah itu.”

“Susulan pergaduhan itu, tiada pelajar yang mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di hospital. Semua mereka adalah pelajar berusia 14 tahun.”

Mohd Akmalrizal berkata, tiada tindakan lanjut diambil terhadap kes itu kerana satu perbincangan tiga hala sudah diadakan antara pihak sekolah bersama ibu bapa atau waris pelajar yang terbabit.

Screenshot 2025 10 17 120030

“Polis bersetuju untuk tidak mengambil tindakan dan menyelesaikan perkara ini secara berhemah dan damai.”

“Pada masa sama, polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan.”

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.