Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada sebarang himpunan dibenarkan di kawasan Ampang Park, Jalan Ampang esok (Ahad), berikutan faktor keselamatan dan ketenteraman awam sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata keputusan itu dibuat selepas menilai risikan dan analisis keselamatan di kawasan tersebut yang terletak kurang 50 meter dari zon merah yang menjadi laluan utama delegasi antarabangsa dan hotel penginapan mereka.
“Zon merah ini merupakan kawasan laluan protokol semua delegasi ASEAN. Lokasi himpunan di Ampang Park pula berhampiran Hotel Intercontinental yang menempatkan sebahagian daripada wakil delegasi,” katanya, lapor Sinar Harian.
Artikel berkaitan: Perdana Menteri Thailand Batal Lawatan ke Sidang Kemuncak ASEAN Selepas Pemergian Permaisuri Sirikit
Artikel berkaitan: Presiden AS, Donald Trump Dijadual Tiba Di Malaysia Esok Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Datuk Fadil MarsusMenurut beliau, pihak polis sudahpun berbincang dengan penganjur dan mencadangkan lokasi alternatif seperti Dataran Merdeka atau Padang Merbok yang lebih sesuai dan selamat.
Namun, katanya, pihak penganjur tetap berkeras mahu meneruskan himpunan di Ampang Park, yang dijangka melibatkan antara 1,000 hingga 1,500 peserta bagi membantah isu Gaza serta menolak kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
“Kami faham tentang hak bersuara, tetapi atas faktor keselamatan dan imej negara sebagai pengerusi ASEAN, polis tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan di kawasan itu,” katanya.
Fadil menasihatkan orang ramai tidak terlibat atau hadir ke lokasi berkenaan bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.
“Jika himpunan itu diteruskan, ia bercanggah dengan arahan keselamatan. Polis akan mengambil langkah awal bagi menghalang mana-mana pihak daripada memasuki kawasan terbabit,” katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober di Kuala Lumpur, dengan kehadiran beberapa pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri China, Li Qiang, dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Sumber: Sinar Harian

5 hours ago
5






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















