Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengatakan yang dirinya masih belum sempat untuk memikir tentang persiapan perkahwinannya dan akan mula fokus pada perkara tersebut selepas 30 Jun ini apabila keputusan kes mahkamah yang melibatkan tunangnya, Syed Saddiq terjawab.
Mahkamah telah menetapkan bahawa 30 Jun nanti merupakan hari yang menentukan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33 daripada tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.
Artikel berkaitan: PA Respon Isu Kononnya Syed Saddiq Pernah Mesej Wanita Lain Ketika Bercinta Dengan Bella Astillah?
Artikel berkaitan: “33 tahun tak pernah dengar” – Abang Dedah Syed Saddiq Hanya Ucap ‘I Love You’ Kepada Bella Astillah

“Persiapan kahwin? Tunggu selepas 30 hari bulan nanti baru saya fikirkan. Sekarang ini kami lebih fokus tentang keputusan rayuan pembebasan Syed Saddiq. Jadi sama-sama kita doakan.”
“Kita fokus mana yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Biarlah semua kes mahkamah berakhir dulu baru kita fikirkan tentang persiapan perkahwinan.”
“Saya percaya ramai orang di luar sana yang mendoakan. Doa-doa kalian itu jauh lebih penting.”

Dalam pada itu, Bella juga menyangkal dakwaan yang mengatakan dia bakal melangsungkan perkahwinan pada tarikh 26 Jun 2026 ini.
“Tiada istilah nak kahwin ikut tarikh yang cantik. Seperti saya katakan, kita semua menunggu kes mahkamah YB Syed Saddiq selesai dulu.”
Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq telah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 lepas.
Sumber : Kosmo!

3 hours ago
3














![[VIDEO] Pemuda Didakwa ‘Cop’ Parkir, Guna Alasan Ada Hak Sebab Kerja JKR](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/06/ft-lelaki-cop-parking.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















