Ft View Chin

Pempengaruh View Chin meluahkan rasa terkilan kerana terlalu rindu untuk berjumpa dengan anak-anaknya. View Chin mendakwa sudah 3 bulan dia tidak bersua dengan mereka.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, View Chin mengatakan bahawa dia sudah cuba bermacam-macam cara untuk berjumpa dengan anaknya namun ia tidak berhasil.

Artikel berkaitan: Isu Bab Jaga Anak Lepas Dapat Pasangan Baru, Netizen Puji Cara Mira & View Chin

Artikel berkaitan: View Chin Bawa Bekas Isteri Makan Malam Dengan Anak-anak Curi Tumpuan Netizen

3 bulan tak jumpa anak – View Chin

Antaranya, dia sudah pergi ke sekolah anak-anaknya namun ianya dihalang oleh guru kerana dipercayai ia adalah perintah daripada bekas isterinya.

Bahkan, View Chin mengatakan bahawa dia sudah ke rumah bekas isterinya dan mendapati bahawa anak-anak bersama ibu kandung mereka sudah berpindah dari kediaman tersebut.

@viewchin_view

Viewchin pergi sekolah cikgu tak bagi jumpa anak #takjumpaanak #anakviewchinhilang #Viewchin #Viewmedia #Viewteam

♬ original sound – VIEW Chin – VIEW Chin

“Ramai orang tanya saya, kenapa tak pergi rumah (bekas isteri) jumpa anak atau tunggu dekat bawah rumah atau pergi sekolah? Saya awal-awal lagi dah buat benda ini.”

“Saya pergi sekolah, cikgu kata ibu mereka beritahu kalau saya datang nak jumpa anak jangan bagi. Dulu pergi sekolah nak ambil anak sekarang hanya nak jumpa sahaja tapi tak boleh.”

“Saya kata pada cikgu, saya sudah lama tak jumpa anak saya dan sangat merindui mereka. Katanya, kalau bagi anak jumpa dengan saya, nanti takut anak pindah sekolah lagi.”

“Bila pergi rumah, mereka sudah pindah. Disebabkan tak nak bagi ayah jumpa anak, lari dari rumah. Sampai sekarang sudah 3 bulan. Orang lain 3 hari tak jumpa mesti risau dan kelam kabut. Saya 3 bulan (tak jumpa).”

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial View Chin dan Ah Moi menjadi perhatian kerana orang ketiga yang merupakan pekerja View Chin sendiri.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.