mahasiswa universiti malaya

Seorang penuntut Universiti Malaya (UM) telah disahkan meninggal dunia semalam, dipercayai selepas mangsa terjatuh dari bangunan kolej kediaman.

Menurut suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UM, pelajar tersebut telah menghembuskan nafas terakhir ketika mangsa sedang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), lapor Buletin TV3.

Difahamkan, buat masa ini, punca kejadian masih lagi berada dalam siasatan pihak polis.

umGambar Sekadar Hiasan

Artikel berkaitan: Kes Pelajar Ma*t Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan, Polis Ambil Keterangan 9 Individu

Artikel berkaitan: “Mula-mula topi timbul, lepas tu kasut… – Lelaki Kongsi Detik Cemas Selamatkan Budak 9 Tahun Jatuh Lubang Kumbahan

Pihak pengurusan universiti tersebut juga memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Dalam masa yang sama, pihak Universiti Malaysa turut meminta orang ramai agar tidak membuat apa-apa spekulasi mengenai kejadian tersebut.

Universiti Malaya juga turut meminta semua pihak agar menghormati privasi keluarga mangsa.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.