Doorgift atau cenderahati menjadi salah satu perkara wajib yang perlu ada dalam persiapan majlis perkahwinan sebagai tanda kenangan untuk tetamu yang hadir.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai sebuah kenduri kahwin yang menyediakan doorgift unik iaitu anak ayam berwarna-warni, anak itik, ikan keli dan arnab.
Bagaimanapun, pemberian doorgift berbentuk haiwan hidup ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.
Artikel berkaitan: [VIDEO] “Ni kawin ke expo ni” – Tak Nak Kalah, Majlis Kahwin Ni Ada 19 Buah Khemah
Artikel berkaitan: Majlis Kahwin Beri Ikan Laga Sebagai ‘Doorgift’ Buat Pengunjung Bingung
NGO anggap zalim
Perkara ini juga turut mendapat perhatian sebuah NGO, Stray Free Foundation yang mengecam tindakan menjadikan anak ayam berwarna sebagai doorgift.
Menurut persatuan itu, tindakan terbabit disifatkan sebagai eksploitasi haiwan yang tidak berperikemanusiaan.
“Di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772), menjadikan haiwan peliharaan sebagai door gift adalah kesalahan kerana ia termasuk dalam kategori eksploitasi & kegagalan menjaga kebajikan haiwan,” katanya.
Selain itu, persatuan tersebut turut menyatakan hukum mewarnakan haiwan untuk tujuan perniagaan atau secara sengaja adalah haram.
Jelasnya, tindakan itu merupakan satu bentuk penganiayaan dan kezaliman terhadap haiwan kerana kandungan bahan kimia yang terkandung dalam semburan cat berkemungkinan boleh menjejaskan kesihatan haiwan yang berisiko membawa maut.
“Islam memandang perbuatan ini sebagai kezaliman terhadap makhluk Allah dan ia termasuk dalam dosa yang berat.”
Sumber: Threads