Ulat Ayam Goreng Dafc

Seorang pengguna media sosial memuat naik sebuah video mendakwa hidangan ayam goreng korea yang dibeli di sebuah restoran di cawangan Airport Kota Bharu mengandungi ulat.

Dalam video itu, pelanggan menyuarakan rasa terkejut apabila melihat terdapat objek berwarna putih pada ayam goreng terbabit.

Screenshot 2026 06 04 130113

Ekoran video terbabit tular, pihak restoran tampil memberikan penjelasan bahawa tiada bukti yang mengesahkan dakwaan tersebut.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pihak D’Apple Fried Chicken (DAFC) mendakwa hasil semakan yang dijalankan mendapati objek yang didakwa sebagai ulat itu mempunyai ciri yang menyerupai biji bijan, iaitu bahan yang digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan hidangan terbabit.

Selain itu, pihaknya turut menegaskan keadaan yang didakwa sebagai ‘berlendir’ merupakan lapisan sos Korean yang digunakan pada menu tersebut.

“Sos Korean sememangnya mempunyai tekstur yang pekat dan melekat sebagai sebahagian daripada ciri produk berkenaan.

“Setakat siasatan yang dijalankan, pihak DAFC tidak menemui sebarang bukti yang mengesahkan dakwaaan bahawa produk tersebut mengandungi ulat seperti yang telah ditularkan.”

Artikel berkaitan: Tular Nasi Kerabu Berulat, MDKP Nafi Ia Dibeli Dari Bazar Ramadan Kuala Pilah

Artikel berkaitan: [VIDEO] Hilang Selera! Pelanggan Dah Habis Makan Baru Perasan Ada Ulat Hidup Dalam Ayam Goreng

Dalam kenyataan sama, pihak DAFC berkata cawangan DAFC Airport Kota Bharu beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta kawalan keselamatan makanan yang tinggi.

Menurut DAFC, dakwaan terbabit telah memberi kesan kepada reputasi syarikat serta kakitangan, rakan niaga dan ahli keluarga yang tidak mempunyai kaitan dengan isu berkenaan.

713464017 18101848501871682 5706988039562031953 N 712357259 18101848483871682 6156280359013272691 N

Dalam pada itu, DAFC mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan, pihak berkuasa atau badan berkaitan untuk menjalankan pemeriksaan dan penilaian di premis mereka pada bila-bila masa.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.