syaz ft 2025 10 17T105100.141

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di tepi jalan di Jalan Parit 1 Barat, Sungai Besar, selepas disyaki terbabit dalam kejadian gangguan seksual terhadap rakan sekolahnya di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, suspek ditahan pada hari sama selepas melakukan gangguan seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun pada Isnin lalu.

Artikel berkaitan: Kanak-kanak Diumpan Basikal Percuma Jadi Mangsa Amang Seksual

Artikel berkaitan: Lagi Kes Pelajar Sekolah Terlibat Dalam R*gol Beramai-ramai, Siap Sebarkan ‘Video’

“Susulan laporan diterima, polis berjaya menahan suspek pada hari sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika waktu rehat di dalam kawasan sekolah.

Menurut Md Yusof, mangsa tampil membuat laporan polis selepas insiden berkenaan.

Katanya, permohonan reman terhadap suspek dibuat pada Selasa dan mahkamah membenarkan tahanan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Sebelum ini, pihak polis menahan seorang lelaki selepas menerima laporan berhubung kejadian gangguan seksual melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.