Hasrat pasukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menyantuni asnaf yang tinggal dalam khemah di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kuala Langat berakhir dengan penemuan yang tidak disangka.
Menerusi perkongsian LZS, Skuad Saidina Umar menerima maklumat daripada Pusat Perlindungan Mualaf Baitul Salam mengenai seorang wanita yang dikatakan tinggal bersama beberapa individu lain yang identitinya tidak diketahui dalam keadaan sangat daif.
Asnaf larikan diri
Menurutnya, berdasarkan aduan bergambar yang diterima, pihak zakat berjaya mengenal pasti lokasi di sebuah kebun sawit.
“Satu pasukan operasi digerakkan selepas solat Isyak dengan bantuan Operasi Agihan Daerah Kuala Langat, pihak masjid dan wakil kampung bagi menyantuni mereka serta mengenal pasti permasalahan sebenar.
“Maklumat awal menunjukkan mereka tinggal di dalam khemah tanpa bekalan air dan elektrik.
“Namun, sebaik sahaja pasukan kami tiba di lokasi, kesemua mereka melarikan diri dan bersembunyi di sekitar kawasan gelap ladang kelapa sawit,” katanya pada Isnin.
Pada masa sama, pihaknya dalam usaha memujuk selama lebih 30 minit agar mereka semua memberikan kerjasama.

Artikel berkaitan: Minta Hentikan Bantuan Asnaf Lepas Pendapatan Stabil, Individu Terima Pujian Netizen
Artikel berkaitan: Pasangan Tolak Pelawaan Tinggal di Rumah PPR, Seronok Hidup di Pondok Daif dalam Kebun Getah
Katanya, ketika pemeriksaan di kawasan khemah dijalankan, pasukan menemui beberapa barangan terlarang.
Pihaknya terpaksa menamatkan operasi dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Kata LZS lagi, pasukan narkotik polis kemudian telah tiba di lokasi untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, serbuan dilaksanakan pada Khamis lalu dan menahan empat individu membabitkan dua wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun.
Difahamkan, semua yang ditahan mempunyai pertalian keluarga membabitkan suami, isteri, anak dan menantu.
Sumber: Facebook, Berita Harian

16 hours ago
11













![[TERKINI] Syed Saddiq Umum Majlis Perkahwinan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi, Pada Tahun Ini](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-BASS.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















