Pengacara popular, Nabil Ahmad, menganggap dakwaan netizen bahawa dia kurang sensitif sewaktu mengendalikan program hiburan sebagai perkara yang tidak perlu diperbesarkan.
Menurut Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 43, setiap dialog dan usikan di atas pentas telah pun mendapat persetujuan pihak produksi dan tidak menyentuh kehidupan peribadi mana-mana pihak.
Artikel berkaitan: “Nak bina masjid kecil, pusat tahfiz” – Nabil Ahmad Tunai Hajat Ibu Jadikan Rumah Pusaka Sebagai Madrasah
Artikel berkaitan: Astro Rehatkan Nabil Ahmad, Azad Jasmin & Radin Susulan Isu Tular Rakaman Video
“Bagi saya, semua kena belajar terima bahawa ini sekadar hiburan. Tak payah ambil serious sangat. Saya pun ada kerja yang perlu dibuat.
Pihak produksi setuju dan saya pun setuju. Semua itu memang sebahagian daripada persembahan. Apa yang saya buat di atas pentas langsung tak ada kena-mengena dengan hal peribadi,” katanya kepada HibGlam.
Mengulas mengenai kritikan hebat di aplikasi Threads, penyampai radio Era FM ini mengakui sengaja elak membaca sebarang hantaran di situ kerana menganggap platform berkenaan terlalu toksik dan tidak memberi sebarang manfaat.
“Semuanya berlaku dalam rancangan. Apa yang saya buat hanya untuk persembahan, bukan bersifat peribadi. Sebab itu saya tak berminat merujuk apa-apa di Threads kerana pada saya tempat itu sangat toksik dan tidak membina.
Saya tak nampak perkara positif di situ. Apa sahaja kandungan di sana lebih menjurus kepada perkara negatif,” ujarnya.
Tambah Nabil, dia bersyukur tidak mempunyai akaun Threads demi memelihara kesihatan mentalnya daripada terganggu dengan kecaman netizen.
“Saya bersyukur tak ada Threads. Saya memang tak ambil tahu sebab nak jaga kesihatan mental. Saya hanya buat kerja saya. Selagi pihak produksi masih beri peluang, saya bersyukur masih dapat terus bekerja dalam industri,” tegasnya.
Pada masa yang sama, pengacara versatil ini menganggap sebarang impak kecaman sebagai lumrah biasa dalam industri seni.
“Dari dulu saya selalu cakap, apa juga publisiti tetap publisiti. Itu sebahagian daripada persembahan dan kerjaya. Threads memang tempat orang bergurau dan melontarkan pelbagai pandangan.
Orang jual goreng pisang pun boleh kena kecam. Jadi bagi saya, apa berlaku di situ tak penting. Apa yang lebih utama ialah rancangan sebenar, persembahan secara langsung serta peserta-peserta yang saya bersama mereka sejak sesi latihan,” jelasnya.
Terdahulu, gaya pengacaraan Nabil ketika mengendalikan program Big Stage X Rocketfuel mengundang rasa tidak puas hati pengguna Threads selepas didakwa memalukan dan menjatuhkan semangat salah seorang peserta, Sabrina, sewaktu sesi penyingkiran.
Sumber: HibGlam

15 hours ago
6














![[TERKINI] Syed Saddiq Umum Majlis Perkahwinan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi, Pada Tahun Ini](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-BASS.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















