Kerajaan MADANI meneruskan lagi inisiatif bantuan pendidikan dengan memperuntukkan Baucar Buku MADANI bernilai RM100 yang bakal memberi manfaat kepada seramai 1.18 juta pelajar tempatan di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh negara.
Langkah ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan mahasiswa dalam menyediakan bahan bacaan serta meluaskan capaian kepada sumber ilmu yang berkualiti.

Proses penebusan bagi mahasiswa yang layak sudah mula dibuka pada 15 Julai 2026 (Rabu) jam 11.00 pagi.
Bagi memudahkan urusan, keseluruhan urusan semakan kelayakan, penjanaan baucar, dan transaksi pembelian dilakukan sepenuhnya secara digital menerusi portal MySiswaPlace yang dikendalikan oleh Yayasan Perkasa Siswa (YPS).
Artikel berkaitan: Lebih 169,000 Lepasan SPM Berjaya Dapat Tempat IPTA Menerusi UPUOnline
Artikel berkaitan: Pelajar Aliran Tahfiz & UEC Kini Berpeluang Sambung Pengajian IPTA, Ini Syaratnya
Untuk memberikan pilihan bacaan yang luas, platform digital ini telah bekerjasama dengan lebih 300 rakan niaga berdaftar yang terdiri daripada penerbit dan penjual buku tempatan.
Pelajar boleh mendapatkan pelbagai jenis bahan bacaan seperti
- buku rujukan akademik
- bahan ilmiah
- e-buku
- penerbitan umum yang bersesuaian dengan keperluan pengajian dan penyelidikan mereka

Selain memperkasa budaya membaca dalam kalangan mahasiswa untuk melahirkan graduan berdaya saing, penerusan skim bantuan ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang pasaran industri perbukuan tempatan serta menyokong kelestarian ekosistem penerbitan negara.
Sehubungan itu, KPT menasihatkan semua pelajar yang memenuhi syarat agar segera menebus baucar tersebut dan menggunakannya dengan sebaik mungkin demi pelaburan akademik masa depan.
Sumber: KPT

18 hours ago
14














![[TERKINI] Syed Saddiq Umum Majlis Perkahwinan Bakal Diadakan Tidak Lama Lagi, Pada Tahun Ini](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2026/07/ft-BASS.jpg)
















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















