kemalangan bera

Identiti penunggang motosikal yang maut selepas kenderaannya berlanggar dan diseret kenderaan pacuan empat roda sejauh 40 meter di KM 7, Jalan Bera-Mayam, Bera pada Selasa lepas telah dikenal pasti.

Menurut Ketua Polis Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir, mangsa dikenali sebagai Mohamad Hasli Wafi Kamaludin, 17, yang beralamat di Kampung Pauh, Temangan, Kelantan. Keluarga mangsa katanya kini tinggal di Janda Baik, Bentong.

548227628 1284734333694669 2707317191084997853 n

Artikel berkaitan: Jururawat Nak Bantu Individu Kemalangan Ma*t, Rupanya Mangsa Teman Lelaki Sendiri

Artikel berkaitan: “Van jenazah pun nak curi” – Lelaki Terlibat Kemalangan Rempuh Lori Lepas Curi Van Jenazah

Mangsa tak bertatu 

Ketika kejadian, mangsa difahamkan bergerak dari Janda Baik kira-kira jam 7 petang, Isnin untuk menemui tunang di Felda Purun.

Mangsa juga tidak bertatu sebagaimana dakwaan sebelum ini, sebaliknya ia adalah baju dalam tipis yang dipakai mangsa yang kelihatan seakan-akan tatu lembap,” katanya.

Dalam nahas yang melibatkan tiga kenderaan tersebut, mangsa dipercayai diseret sejauh 40 meter selepas bertembung dengan sebuah pacuan empat roda sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

549175322 1284733710361398 271688737112507451 n

547565666 1284733927028043 1907180787121415719 n

Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu kontraktor berusia 26 tahun.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada kepala, tangan dan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya lagi.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Bera untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.