Israel baru-baru ini telah ‘diserang’ wabak maut dengan mencatatkan lapan angka korban terdiri daripada bayi dan lebih 5000 kes direkodkan setakat ini.
Berita itu dikongsi oleh The Jerusalem Post yang telah berkongsi kematian terbaru yang melibatkan seorang bayi berusia dua bulan selepas dimasukan ke Hospital Universiti Hadassah, Ein Karim selama 10 hari.

Wabak yang dipercayai jenis campak itu telah menyerang bayi dan kanak-kanak berusia di bawah dua tahun setengah yang tidak divaksin. Sehingga kini, virus memautkan itu telah merebak ke sembilan bandar di seluruh Israel dan telah mencetuskan kebimbangan awam.
Pengendali Kesihatan Israel juga bertindas pantas dengan menjalankan program vaksinasi dalam skala yang besar bagi mengatasi serangan wabak ini.
Artikel berkaitan : Israel Kesan Kes Pertama Wabak Florona, Dua Kali Ganda Jangkitan Covid-19 & Influenza
Artikel berkaitan : Wanita Dituduh Miliki P*stol, Dipercayai Dibekalkan Kepada Warga Israel
Pelbagai khabar angin juga turut tersebar, mengatakan virus itu sengaja direka oleh pihak tertentu dan memaksa orang ramai untuk memberikan vaksin kepada ahli keluarga masing-masing. Namun, ia disangkal oleh Menteri Kesihatan Israel.
“Ini adalah satu fenomena serius yang memerlukan tindak balas tegas, kerana penyebaran maklumat yang mengelirukan boleh menghalang orang daripada menerima rawatan yang menyelamatkan nyawa.”
Simptom wabak yang dikenali sebagai itu dipercayai hampir sama dengan Covid 19 di mana pesakit dilaporkan mengalami gejala seperti demam, ruam, cirit-birit, muntah, selesema dan batuk.

Yang turut dibimbangi adalah golongan lebih tua yang berisiko untuk menghidap Subacute Sclerosing Panencephalitis (SSPE), iaitu penyakit otak yang jarang tapi serius, berlaku sebagai komplikasi jangka panjang selepas seseorang dijangkiti virus campak.
Penyebaran wabak itu sehingga kini telah meletakkan beban yang teruk ke atas sistem kesihatan Israel dengan 468 pesakit memerlukan rawatan hospital, 93 peratus daripada mereka ialah kanak-kanak.
Sumber : The Jerusalem Post

17 hours ago
7











![[VIDEO] Ramai Terharu Lihat Pakcik Tertunduk Sedih, Individu Borong Karipap Frozen Dijual Tepi Jalan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/10/pakcik-karipap-frozen-sg-isap.png)



















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















