Karnival LINDUNG Kerjaya MADANI anjuran PERKESO melalui MYFutureJobs menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan merentasi sektor pembuatan, pengangkutan, perkhidmatan dan industri makanan.
Antara syarikat yang membuka kaunter temu duga secara terus seperti:
- Celestica Electronics
- Flextronics Shah Alam
- Super Micro Computer Malaysia
- Handal IndahGuan Chong Cocoa Manufacturer
- SK 8 Engineering
- Tiger Balm (M)
- Novotel Johor Bahru City Centre
- YTL Data Centre

Sesi temu duga secara terus tanpa menunggu panggilan susulan diadakan kerana majikan hadir menjalankan saringan secara bersemuka.
Menurut PERKESO, jawatan ditawarkan dari peringkat operator hingga pengurusan atasan dengan gaji sekitar RM3,500 (jawatan operasi) hingga RM16,000 (jawatan pengurusan kanan dan profesional) sebulan.

Artikel berkaitan: Perluasan Perlindungan 24 Jam Untuk Lebih 9 Juta Pekerja, Berkuatkuasa Mulai 1 Jun 2026
Artikel berkaitan: PERKESO Lancar Garis Panduan Sulung Sokongan Pekerjaan Neurodivergen, Tangani Isu Guna Tenaga Tidak Penuh
Karnival ini menyasarkan:
- graduan baharu
- lepasan SPM
- graduan TVET
- pemegang diploma dan ijazah
- individu berkemahiran teknikal,
- individu yang ingin meningkatkan prospek kerjaya
- pelajar latihan industri
PERKESO turut menyediakan sokongan kerjaya percuma termasuk kaunseling kerjaya, pemprofilan kemahiran dan bimbingan pembangunan kerjaya oleh pegawai yang berpengalaman.
Selain peluang pekerjaan, pengunjung juga boleh ke zon MYFutureJobs Rover yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif, cabaran menarik dan permainan santai yang menawarkan hadiah serta cenderamata eksklusif, selain mendapatkan maklumat skim perlindungan sosial PERKESO seperti LINDUNG 24 Jam (perlindungan luar waktu kerja kepada pencarum Akta 4), LINDUNG Kendiri (individu bekerja sendiri) dan LINDUNG Kasih (suri rumah).
Orang ramai digalakkan mendaftar awal di www.myfuturejobs.gov.my atau hadir terus ke lokasi karnival.

Sumber: PERKESO

4 hours ago
5































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















