Lawatan rasmi Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, ke Malaysia baru-baru ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen tempatan.
Takaichi yang kini dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia dilaporkan mengunjungi Japanese Cemetery di Kuala Lumpur serta Tugu Negara dan meletakkan jambangan bunga sebagai tanda penghormatan. Beliau kemudiannya memuatnaik foto lawatannya itu di laman X rasmi miliknya.
Artikel berkaitan: “Jepun takde dalam list?!” – 5 Negara Ini Raih Gelaran Negara Terbersih Tahun 2025
Artikel berkaitan: FA Jepun Pertimbang Keluar AFC, Mahu Wujudkan Persekutuan Bola Sepak Asia Timur
本日、クアラルンプール日本人墓地を訪問し、慰霊碑に献花しました。マレーシアで命を落とした先人を慰霊することができ、感慨深く思います。
これに続けて、二度の大戦やマレーシアの独立闘争で亡くなられた兵士と市民の霊を慰める国家記念碑も訪問し、マレーシアの歴史に思いを馳せました。 pic.twitter.com/Wr7Six2L4t
— 高市早苗 (@takaichi_sanae) October 26, 2025
“Hari ini, saya telah melawat Perkuburan Jepun Kuala Lumpur dan meletakkan bunga di monumen peringatan. Saya berasa sangat tersentuh kerana berpeluang memberi penghormatan kepada nenek moyang yang telah kehilangan nyawa mereka di Malaysia.
Selepas itu, saya turut melawat Tugu Negara untuk menghormati roh para askar dan orang awam yang terkorban dalam dua peperangan dunia serta perjuangan kemerdekaan Malaysia, sambil merenung kembali sejarah Malaysia,” tulisnya.
Namun, tindakan tersebut mendapat reaksi kurang senang daripada sebahagian rakyat Malaysia. Ramai menganggap lawatan itu tidak sensitif terhadap sejarah penjajahan Jepun di Tanah Melayu sewaktu Perang Dunia Kedua.

Meskipun, niat sebenar lawatan tersebut masih menjadi perbincangan, ramai rakyat Malaysia mengharapkan pemimpin Jepun akan lebih peka terhadap sensitiviti sejarah dan tidak menyinggung perasaan generasi yang masih terkesan dengan peristiwa lampau itu.
Sumber: X

1 day ago
15











![[VIDEO] Ramai Terharu Lihat Pakcik Tertunduk Sedih, Individu Borong Karipap Frozen Dijual Tepi Jalan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/10/pakcik-karipap-frozen-sg-isap.png)



















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















