Seorang lelaki warga China yang memandu sebuah ‘sports car’ Lamborghini tanpa lesen telah ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Bangsar, malam semalam.
Kenderaan mewah itu yang dimiliki pencipta kandungan lelaki berusia 28 tahun tersebut, kemudian telah disita untuk tindakan lanjut.
Menurut laporan, ketika pemeriksaan melalui Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang bermula pada jam 8 malam, pegawai penguat kuasa JPJ telah meminta lelaki itu untuk mengemukakan lesen memandu yang sah.
Pemandu yang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Damansara Heights bersama individu yang didakwa kekasih, bagaimanapun mengaku tidak memiliki dokumen tersebut.
Content creator berkenaan walau bagaimanapun mengemukakan pasport miliknya kepada pegawai JPJ dan mendakwa sudah menetap di Malaysia sejak tujuh tahun lalu.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam, berkata lelaki terbabit adalah di antara 211 pemandu yang diambil tindakan dalam operasi bersepadu dilaksanakan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) serta Agensi Antidadah Kebangsaan
JPJ Kuala Lumpur mengeluarkan 463 notis atas pelbagai kesalahan, antaranya cukai jalan dan insurans tamat tempoh, tiada lesen memandu serta mengubah suai kenderaan.
“Sebanyak 26 kenderaan disita, termasuk kereta Lamborghini milik seorang lelaki warga China yang didapati memandu tanpa lesen. Kesemua kenderaan disita itu dibawa ke JPJ Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut,” katanya.
Haih kata dah duduk 7 tahun di Malaysia, takkan tak ada lesen memandu?
Sumber: Berita Harian
Sumber: BH