Seorang lagi anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika bertugas mengiringi delegasi luar negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di ibu negara, hari ini.
Kejadian itu berlaku berhampiran susur keluar ke Jalan Kinabalu tengah hari tadi apabila motosikal yang ditunggang anggota lelaki berkenaan melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti secara mengejut.
Mangsa dilaporkan cedera dan telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Insiden berkenaan turut sempat dirakam pengguna jalan raya lain dan tular di media sosial selepas video berdurasi empat saat menunjukkan anggota trafik itu terbaring di tepi jalan dengan motosikalnya yang rosak teruk.
Artikel berkaitan: 14 Tahun Menanti, Akhirnya Timor-Leste Sah Jadi Ahli Ke-11 ASEAN!
Artikel berkaitan: Anggota Trafik Patah Kaki Dilanggar Kereta Pacuan 4 Roda Ketika Iringi Delegasi ASEAN
Tangkap layar tular memaparkan kemalangan melibatkan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).Menurut Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, siasatan lanjut sedang dijalankan dan maklumat terperinci akan dimaklumkan kemudian.
Kejadian ini merupakan kes kedua dalam tempoh dua hari membabitkan anggota trafik yang bertugas mengiringi konvoi Sidang Kemuncak ASEAN.
Semalam, seorang anggota JSPT berpangkat koperal berusia 35 tahun turut cedera selepas motosikal Kawasaki GTR milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditunggangnya dilanggar sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux di Kilometer 22.3 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Kuala Langat.
Anggota tersebut mengalami kecederaan patah kaki dan telah dibawa ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
Sumber: Sinar Harian

11 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















