Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkukuh pemantauan terhadap projek perumahan yang sakit akibat kenaikan kos pembinaan.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, penambahbaikan dasar serta mekanisme di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] akan dilaksanakan bagi membolehkan intervensi awal dilakukan terhadap projek yang berdepan masalah.

“Antaranya penambahbaikan Akta 118 untuk memperkukuh pemantauan projek berisiko dan projek sakit serta melaksanakan intervensi awal bagi memastikan projek perumahan dapat diteruskan mengikut jadual dan tidak membebankan pembeli,” katanya.

Pada masa sama, KPKT akan terus menggalakkan penggunaan teknologi pembinaan yang lebih cekap dan produktif seperti Industrialised Building System (IBS), Building Information Modelling (BIM) serta kaedah pembinaan moden bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh dan meningkatkan kecekapan pembinaan dalam jangka panjang.
Artikel berkaitan: KPKT Semak Semula Sistem CCC, Fokus Kurangkan Birokrasi Dan Percepat Kelulusan
Artikel berkaitan: KPKT Saran PBT Kurangkan Sewa Premis Hingga Akhir 2026 Demi Ringankan Beban Peniaga Kecil
Menurut Nga, pelaksanaan Skim Simen Rahmah turut membantu mengawal kos bahan binaan dengan menawarkan simen pada harga lebih rendah berbanding pasaran.

Inisiatif itu kini diperluaskan kepada projek perumahan mampu milik di bawah kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan sektor swasta.
Selain itu, pelbagai inisiatif pemilikan rumah termasuk Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Rent-to-Own (RTO) dan program perumahan mampu milik akan terus diperkukuh bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman meskipun berdepan peningkatan kos sara hidup.
Sumber: Buletin TV3

10 hours ago
10































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















