ft rotan

Kerajaan kini sedang mempertimbangkan dalam memberi kelonggaran kepada guru untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap mana-mana pelajar yang bermasalah, bagaimanapun ada syarat dan garis panduan yang ketat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia antara usaha untuk mendisiplinkan pelajar yang terlibat dalam kes seperti buli, namun pendekatannya haruslah seimbang dengan nilai kasih sayang dan bimbingan.

Artikel berkaitan : Jemaah Menteri Cadang Hadkan Penggunakan Media Sosial 16 Tahun Ke Bawah – PM

Artikel berkaitan : Buli Asrama ‘Rampas’ Kepercayaan Keluarga Pelajar

Boleh merotan, tapi jangan sampai…

Screenshot 2025 10 17 172912

“Walaupun buli kecil, dia (para guru) nasihat bukan semuanya (kesalahan) kena rotan.”

Namun begitu, Anwar tegaskan bahawa tindakan itu harus dilaksanakan secara berhemah tanpa memberikan kecederaan kepada pelajar.

“Janganlah sampai pukul, hempuk kepala sampai luka. Tapi, untuk para guru menegur dan merotan tangan (untuk kesalahan) hal-hal yang ringan sedikit.”

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menegur mana-mana pihak yang menolak sepenuhnya penggunaan rotan dengan menggunakan alasan hak asasi manusia. Beliau menegaskan bahawa kelonggaran itu perlu diberi bagi membendung masalah disiplin di sekolah.

“Kadang-kadang golongan hak asasi liberal ini keterlaluan… tak boleh langsung (rotan) jadi apabila masalah (buli) ini timbul, kita kena bagilah sedikit kelonggaran dengan syarat-syarat yang ketat.”

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pendirian mereka untuk tidak menggunakan rotan sebagai alat untuk mendidik murid, sebaliknya menekankan pendekatan pendidikan berasaskan nilai, adab dan pembangunan karakter.

Sumber : Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.