Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), IPTA dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi peringkat sijil, asasi dan diploma sesi akademik 2026/2027 akan diumumkan pada 22 Mei 2026.
Semakan boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari hingga 31 Mei 2026, jam 5.00 petang menerusi:
- Secara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my
- Melalui aplikasi UPUPocket
- Melalui aplikasi Mobile MyGov

Pengesahan setuju terima tawaran pula dibuka dari 23 hingga 31 Mei menerusi laman web UA, IPTA dan MARA BPT masing-masing.
Artikel berkaitan: Menjelang Pelancaran RPN 2026-2035, Transformasi Menyeluruh Sekolah & Universiti
Artikel berkaitan: Mengapa TVET & STEM Adalah ‘Jantung’ Industri Masa Depan Negara
Bagi calon yang tidak berjaya atau hanya menerima tawaran peringkat sijil, permohonan rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 22 Mei hingga 31 Mei 2026.
KPT turut memaklumkan tawaran tempat bagi sesi akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang pertukaran program pengajian tidak dibenarkan.
Sumber: KPT

2 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















