KDN Bawa Aspirasi Keselamatan Rantau ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

2 days ago 14

Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia mengesahkan kesediaan untuk membawa hasil utama daripada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-19 (AMMTC ke-19) ke meja perbincangan tertinggi di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan bermula hujung minggu ini.

Sidang Kemuncak kali ini dilihat sebagai satu jambatan kritikal, memastikan hasil perbincangan penting yang dicapai di Melaka pada 8 hingga 12 September 2025 lalu diterjemahkan menjadi dasar dan tindakan nyata di peringkat kepimpinan ASEAN.

Agenda keselamatan serantau ini dimantapkan dengan penerimaan pakai sebuah pelan strategik jangka panjang baharu serta tiga deklarasi utama.

561347479 1364445901715553 6147376019656689685 n

Titik pencapaian terbesar AMMTC ke-19 di Melaka adalah persetujuan untuk menerima pakai ASEAN Plan of Action in Combatting Transnational Crime (2026–2035). Pelan strategik ini akan menjadi payung utama untuk memandu usaha kolektif ASEAN dalam memerangi jenayah rentas sempadan bagi dekad yang akan datang.

Artikel berkaitan : Jemaah Menteri Cadang Hadkan Penggunakan Media Sosial 16 Tahun Ke Bawah – PM

Artikel berkaitan : “Ambil gambar tub*h, kemudian jual” – Kanak-kanak 12 Tahun Kendalikan Laman Web L*cah

Pelan tindakan ini memberi tumpuan kepada lima tonggak utama: kerjasama risikan, pengukuhan sistem keadilan, keselamatan digital, ketahanan sosial, serta peningkatan kapasiti penguatkuasaan.

570033486 1369038167922993 3997945818845084049 n

Di bawah kerangka strategik 10 tahun inilah, KDN akan membentangkan tiga deklarasi yang dibentuk sebagai pelengkap penting kepada usaha serantau, yang sedia untuk disahkan di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47:

1. Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Diterajui Malaysia)

Deklarasi ini menegaskan komitmen ASEAN untuk memperkukuh integriti kewangan serantau. Malaysia menerajui usul ini bagi menggesa pengawalseliaan yang lebih ketat, peningkatan kerjasama risikan, dan perkongsian maklumat rentas agensi yang dipertingkatkan, bagi membanteras aktiviti kewangan haram secara lebih berkesan.

2. Pemantauan dan Penangkapan Buron Jenayah Rentas Sempadan (Diusulkan Vietnam)

Menegaskan keperluan kerjasama ASEAN, deklarasi ini bertujuan mempercepat pengesanan, penahanan dan pemulangan penjenayah rentas sempadan. Ini dicapai melalui perkongsian maklumat, penyelarasan operasi, dan pengukuhan perjanjian ekstradisi, bertujuan menutup sepenuhnya ruang selamat bagi penjenayah di rantau ini.

3. Pemanfaatan Sukan Memperkukuh Ketahanan Sosial terhadap Ekstremisme (Diusulkan Indonesia)

Deklarasi ini memperkenalkan pendekatan progresif dan inklusif. Ia menjadikan sukan dan pembangunan belia sebagai alat membina ketahanan sosial, memupuk perpaduan, dan mencegah radikalisasi melalui penglibatan positif komuniti.

“Malaysia berbangga menjadi tuan rumah kepada perbincangan strategik ini. Ini adalah bukti kemampuan diplomasi negara dalam memimpin rundingan yang kompleks, serta kesungguhan kita menjadikan ASEAN sebagai rantau yang selamat, inklusif dan berdaya tahan,”

Menurut kenyataan KDN, kejayaan AMMTC ke-19 di Melaka bukan sahaja menyediakan landasan teknikal, tetapi juga memupuk konsensus politik dan semangat kebersamaan yang akan memperkukuh keputusan para pemimpin ASEAN.

Sumber : KDN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |