Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari uichang, wilayah Jiangxi, China telah hilang penglihatan sebelah mata kerana guru bertindak menggunakan petua lama unutk merawat luka di mata dengan menyapu lemak babi.
Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada mangsa yang tertusuk mata secara tidak sengaja oleh rakan sekelas semasa bermain di tadika.
Artikel berkaitan : Tanda-Tanda Kiamat Ada Depan Mata, Ini Isyarat Untuk Kita Sedar
Artikel berkaitan : “Sampai tercabut lens cermin mata” – Wanita Kongsi Dilemp*ng Wanita Tak Dikenali
Namun begitu, guru tidak membawa mangsa ke hospital sebaliknya dia menggunakan sesudi lemak babi untuk hentikan pendarahan. Disebabkan itu, berlaku jangkitan serius hingga kanak-kanak berkenaan buta kekal pada satu mata.
Oleh itu, ibu bapa kepada kenak-kanak tersebut terus membawanya ke hospital apabila melihat keadaan anaknya yang semakin parah. namun doktor mengesahkan kerosakan pada mata sudah tidak boleh dipulihkan.
Ibu mangsa yang lebih dikenali sebagai Wei berkata, tindakan guru kepada anaknya itu telah menghancurkan masa depan anaknya.
“Dia bukan sekadar kehilangan penglihatan, malah kini memerlukan rawatan pemulihan, kaunseling dan pendidikan khas.”
Sementara itu, pihak tadika dilaporkan ada menawarkan pampasan sebanyak 272,000 yuan (kira-kira RM161,000) bagi menampung kos rawatan, namun keluarga mangsa menegaskan jumlah itu tidak mencukupi memandangkan anak mereka memerlukan beberapa pembedahan dan rawatan susulan.
Dalam pada itu, Biro Pendidikan Ruichang memaklumkan bahawa pihak mereka sudah beberapa kali menjadi orang tengah untuk kedua-dua belah pihak, namun keluarga mangsa tetap mahu mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan.
Sumber : Sinar Harian