“Kalaulah beban tu boleh dipindah…” – Tak Sanggup Lihat Abby Abadi Bersedih, Suami Sedia Pikul Segala Beban Isteri

12 hours ago 12

Di sebalik pelbagai kemelut dan ujian yang melanda keluarga selebriti Abby Abadi kebelakangan ini, suaminya, Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai Ezzany, tampil meluahkan rasa hati yang cukup mendalam. Lewat satu hantaran di media sosial, Jai mendedahkan betapa remuknya emosi sang isteri yang selama ini hanya dipendam di sebalik senyuman.

Luahan penuh emosi itu bukan sahaja menyentuh hati netizen, malah mencetuskan tanda tanya apabila beliau memberi bayangan sedia membawa Abby untuk ‘pergi jauh’ dan berpindah dari persekitaran mereka sekarang.

Artikel berkaitan: “Anak yang baik, pandai…maafkan mama” –  Ucapan Abby Abadi Buat Marissa Dania Undang Sebak Netizen

Artikel berkaitan: Tidak Ulas Panjang, Ini Yang Abby Abadi Ucapkan Selepas Marissa & Aslam Sah Bercerai

“Saya Tahu Hati Sayang Sentiasa Menangis…”

Sebagai insan yang paling rapat, Jai mengakui dia menjadi saksi utama kepada segala air mata dan kesedihan yang dialami oleh Abby. Malah, beliau menyatakan kesanggupannya untuk memikul segala bebanan tersebut demi melihat isterinya kembali bahagia.

@jaifaizal_147

Bila sebut Abby Abadi, siapa yg tak kenal, siapa yg tak tahu…dlm pelbagai pujian telah terselit cacian, tp tak pa sentiasa maafkan sbb mereka mingkin tak kenal dan tak pernah berada dlm circle ini. Sayang @abbyabadi.exclusive saya tahu mcmana remuknya hati dan perasaan sayang, keluhan yg sentiasa dipendam, walaupun sentiasa senyum tapi saya tahu hati sayang sentiasa menangis, luka yg tidak akan hilangnya parut. Sayang…saya sentiasa doakan sayang hingga akhir hayat saya..kalaulah masalah beban itu boleh dipindah…saya nk tanggung segala beban sayang tu…saya nk sayang happy, tiada sedih dan biar hidup sayang sentiasa happy, iya saya bukan insan yg nmpk hebat diluar tapi saya tetap jadi hebat untuk sayang…saya tak peduli apa org kata tentang saya, biar saya nmpk hebat depan sayang. Saya nk kita tua sama2 Cuma saya takut kalau Allah panggil saya pulang lebih awal dr sayang, siapa yg akan akan dengar segala apa yg sayang hadapi, sentiasa ada dikala sayang sedih..sentiasa peluk utk tenangkan sayang…Saya takut sgt2, sbb saya tahu tak ada sesiapa pun. Moga anak3 Daiyan Dayana Darda menjadi peneman dan penenang sayang dikala sedih nnt, berbualkan dengan mereka…merekalah penganti saya nnt. Apa2 pun kita doakan, kalau tiba Allah nk panggil kita pulang biarlah bersama2… Semua org Sayang…sayang, ni ada wasap Ma semalam… “Long. Ma simpati dgn nasib Abby.. Tapi apa yg ma harapkan hanya sabar dan mengadu dgn Allah sahaja Itu yg terbaik Ma harap agar long jagalah dia sebaik mungkin. Jangan sakiti hatinya.. Ma pun akan menyayanginya seperti anak ma sendiri..” Ya Allah, sesungguhnya akulah saksi segalan apa pengorbanan yang dilakukan Isteriku sepanjang hayatku bersamanya, bagaimana ia pelihara solatnya, auratnya segalannya untukMu Ya Allah. Bagaimana gembira dan kesedihannya hanya untuk org lain, bukan utk dirinya sendiri..segala kesusahan kesulitan hanya utk org lain, besarnya pengorbanannya Ya Allah. Aku mohon padaMu Ya Allah..tunaikan setiap apa yang diinginkan..permudahkanlah dan tempatkannya nnti di Syurga tertinggi Mu Ya Allah. Sayang ada saya dan anak3….bila tiba masanya kita pergi jauh, jom kita hijrah. Ada masanya tempatbkita duduk ini sudah tidak sesuai untuk kita.

♬ original sound – JaiFaizal Official – JaiFaizal Official

“Sayang, saya tahu macam mana remuknya hati dan perasaan sayang. Keluhan yang sentiasa dipendam, walaupun sentiasa senyum tapi saya tahu hati sayang sentiasa menangis, luka yang tidak akan hilang parutnya.

Kalaulah masalah beban itu boleh dipindah, saya nak tanggung segala beban sayang tu. Saya nak sayang gembira, tiada sedih,” luahnya.

Lebih meruntun jiwa apabila Jai meluahkan rasa bimbang sekiranya dia dijemput Ilahi terlebih dahulu, memikirkan siapa lagi yang akan menjadi tempat untuk Abby mengadu dan bersandar tatkala berdepan waktu sukar.

Terima Mesej Sokongan Daripada Ibu Mentua

Di sebalik kata-kata semangat tersebut, Jai turut berkongsi tangkap layar pesanan ringkas (WhatsApp) daripada ibunya sendiri (ibu mentua Abby). Mesej tersebut membuktikan Abby amat disayangi dan mendapat sokongan padu daripada keluarga mentuanya dalam mendepani ujian ini.

Ibu Jai menitipkan pesanan agar anaknya itu sentiasa bersabar dan menjaga hati Abby dengan sebaik-baiknya.

Hantaran tersebut dihujani dengan doa dan kata-kata semangat daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan keteguhan sifat Jai sebagai seorang suami yang sentiasa mempertahankan dan berada di sisi isteri di kala badai melanda.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |