YouTuber terkenal Indonesia, Ria Ricis menjadi sorotan netizen selepas dirinya mengaku melakukan pembedahan hidung.
Pengakuan itu dibuat selepas ramai netizen merasai perubahan ketara pada wajah adik kepada pendakwah Oki Setiana Dewi itu selepas dia berkongsi foto-foto terkini dirinya.
Menurut sumber, Ria menjelaskan bahawa dia menjalani rawatan berkaitan masalah pernafasan selepas mengalami gangguan pada bahagian hidung sejak beberapa minggu lalu.
Artikel berkaitan: “Rasa diri buruk” – Ria Ricis Tuntut Cerai Kerana Suami Gagal Beri Nafkah Batin?
Artikel berkaitan: Youtuber Indonesia Sanggup IG Live Sambil Buang Air Kecil Sebab Tak Nak 13K Penonton ‘Lari’
Dakwanya, hasil pemeriksaan doktor mendapati masalah tersebut disebabkan sinus serta pembengkakan pada bahagian dalam hidung.
Tambahnya doktor menyarankan untuk menjalani prosedur lanjut yang melibatkan pembedahan bagi membetulkan keadaan hidung yang dikatakan tidak simetri.
“Saya tidak menutupinya. Awalnya disebabkan sinus, sekarang saya boleh bernafas lega.
“Tulang hidung saya bengkok jadi sinusnya sakit hingga ke dahi. Setelah berjumpa doktor, ya dan seterusnya jalani pembedahan,” jelasnya.
Walaupun netizen mengkritik tindakannya melakukan pembedahan plastik itu, Ria menegaskan dia lebih memilih untuk mementingkan keamanan diri dan mahu meneruskan kehidupan seperti biasa.
Sumber: Insertlive, Gempak

5 hours ago
3































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















