Usahawan hartanah bergelar Datuk yang ditahan polis selepas terlibat dalam pergaduhan di Besut yang tular di media sosial baru-baru ini membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Besut.
Memetik laporan Harian Metro, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali dan adiknya Mohd Mustakim Abdullah @ Ali, dituduh dengan sengaja melakukan khianat hingga menyebabkan kerosakan sebuah kenderaan milik seorang wanita pada 23 Oktober lalu.
Azlan dan adiknya didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan rumah di Kampung Pengkalan Buluh, Jalan Tok Raja, kira-kira jam 11 malam. Tindakan mereka telah menyebabkan pemilik kenderaan kerugian RM5,000.
Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Artikel berkaitan: Pergaduhan Tular Menerusi ‘Live’, Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan
Artikel berkaitan: “Adik jadikan ni pengajaran, jaga budi bicara lepas ni”- Jutawan Sanggup Datang Dari Jauh, Bayarkan Denda Adik Nursahira

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM 6,000 dan sebutan semula kes ditetapkan pada 24 November depan. Tertuduh juga dikenakan syarat tambahan iaitu tidak boleh mengganggu saksi serta mangsa.
Selain itu, adik usahawan berkenaan berdepan satu lagi kesalahan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada mangsa, Wan Hafizie Wan Mohamad. Perbuatan itu didakwa dilakukan bersama dengan tiga lagi individu lain.
Pada masa yang sama, mangsa turut didakwa melakukan kekerasan kepada Mohamad Azlan Abdullah @ Ali pada malam kejadian dan diikat jamin RM 500.
Sumber: Harian Metro

1 day ago
15











![[VIDEO] Ramai Terharu Lihat Pakcik Tertunduk Sedih, Individu Borong Karipap Frozen Dijual Tepi Jalan](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2025/10/pakcik-karipap-frozen-sg-isap.png)



















:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















