Jemaah Menteri Cadang Hadkan Penggunakan Media Sosial 16 Tahun Ke Bawah – PM

1 day ago 10

Jemaah Menteri hari ini telah mencadangkan tiga langkah segera untuk menangani isu keselamatan di sekolah termasuklah kes buli dan jenayah yang dilihat semakin membimbangkan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa tiga langkah itu meliputi pemantauan keselamatan di sekolah, menaikkan had umur penggunaan media sosial kepada 16 tahun dan penambahbaikan kandungan pendidikan yang memberi keutamaan kepada nilai dan akhlak.

Artikel berkaitan : Maklumat Saksi Kanak-kanak Didakwa Bocor Di Media Sosial, Inkues Zara Qairina Terpaksa Ditangguh

Artikel berkaitan : Pengasas eHati Tampil Tepis Dakwaan Tular Di Media Sosial, Dalam Proses Ambil Tindakan Undang-undang

16 tahun ke bawah tak boleh main media sosial

julian 0I21xHfgw0E unsplash

“Mesyuarat (Kabinet) hari ini menumpukan masa panjang terhadap isu pendidikan dan masalah disiplin pelajar yang membimbangkan ibu bapa serta masyarakat.

“Dalam hal seperti ini, kita tidak boleh ambil tindakan tergesa-gesa, ia kena teliti tetapi ada beberapa langkah yang boleh dilaksanakan segera.”

Kata beliau, untuk langkah pertama, pastikan keselamatan sekolah diberi keutamaan dengan pemantauan rapi oleh pihak dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kita sudah bincang supaya pemantauan keselamatan sekolah tidak lagi dianggap tugas sampingan. Polis dan KDN akan pastikan keselamatan pelajar dijamin sepenuhnya.”

Untuk langkah kedua, had umur penggunaan media sosial dinaikkan ke 16 tahun, ia berikutan dengan kebimbangan terhadap pengaruh media sosial dan permainan dalam talian yang boleh mencetuskan tingkah laku negatif.

Screenshot 2025 10 17 164432

“Kita sedang lihat kemungkinan menghadkan atau melarang penggunaan media sosial untuk usia 16 tahun ke bawah (di sekolah).”

“Banyak negara sudah melaksanakan dasar ini. Telefon masih boleh digunakan untuk pembelajaran, tetapi dengan kawalan ketat. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting.”

Dalam pada itu, untuk langkah ketiga ia membabitkan penambahbaikan kandungan pendidikan bagi memastikan ia membentuk nilai dan akhlak pelajar selaras dengan konsep yang diterapkan Malaysia MADANI.

“Dalam kerangka Madani, kita tekankan soal nilai, akhlak dan pendidikan yang seimbang, tidak diselit fahaman sempit atau ekstrem.”

Anwar turut memaklumkan bahawa Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek akan memberikan penjelasan berhubung kesemua langkah-langkah itu dalam masa terdekat.

Oleh itu, beliau menyeru semua pihak seperti guru besar, guru dan PIBG untuk memberi kerjasama penuh agar keselamatan serta kesejahteraan pelajar terjaga.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |