Jaslinda Semakin Bertenaga, Ceria &  Selera Makin Bertambah – Kakak

9 hours ago 14

Selepas 14 hari bertarung berseorangan dalam hutan belantara, pendaki Jaslinda Saludin secara perlahan-lahan kini kembali normal dan ahli keluarganya menyifatkan beliau kini semakin ceria, kuat dan selera makan mula kembali.

Kakaknya, Jasima, 52, mengatakan bahawa Jaslinda sudah mula makan semula selepas hampir 2 minggu tidak dapat makanan yang mencukupi.

Artikel berkaitan: “Sebagai waris, saya dengan rendah hati ” – Hari Ke-12 Misi SAR, Anak Jaslinda Mohon Maaf Bagi Pihak Ibu

Artikel berkaitan: Ramai Tertanya, Bomba Perak Perjelas Sebab Khidmat Anjing K9 Tidak Diguna Dalam SAR Jaslinda

Jasima turut menceritakan kepada pemberita yang adiknya begitu teruja menikmati hidangan walaupun doktor masih memantau keadaannya dengan rapi.

“Alhamdulillah, Jaslinda semakin sihat. Dia nampak lebih bertenaga sekarang dan sedikit lebih ceria. Dia mahu makan semuanya, yang memang boleh difahami selepas tidak makan selama 14 hari.”

“Namun, keadaannya masih belum benar-benar mengizinkan, jadi kami hanya membenarkan dia makan dalam jumlah yang sedikit pada satu-satu masa.”

Screenshot 2026 06 08 154636

Jelas Jasima lagi, biarpun masih lagi dalam keadaan letih secara fizikal, Jaslinda kini dalam semangat yang baik dan gembira ketika berbual dengan ahli keluarga yang datang melawat di hospital.

Biarpun terdepat beberapa kecederaan sepanjang insiden itu, termasuk kecederaan ringan di buku lali kiri dan luka-luka pada badan, tangan dan kepada, secara keseluruhannya, keadaan Jaslinda menunjukkan perkembangan positif.

“Dia masih letih, tetapi dia ceria dan mahu bercakap dengan kami semua. Setakat ini, dia berada dalam keadaan baik.”

Jelas Jasima lagi, pihak keluarga tidak merancang untuk memindahkan Jaslinda ke mana-mana fasiliti perubatan kerana beliau selesa menerima rawatan di Hospital Tapah.

“Dia selesa di sini dan kami berpuas hati dengan rawatan diberikan.

“Kami juga belum tahu bila dia akan dibenarkan keluar hospital kerana ia bergantung keadaan kesihatannya dan nasihat doktor.”

Katanya, antara perkembangan yang paling melegakan anggota keluarga apabila Jaslinda kini sudah tidur lena selepas 14 hari berdepan dengan peristiwa traumatik dalam hidupnya.

Screenshot 2026 06 08 155108

“Alhamdulillah, Jaslinda semakin sihat. Dia nampak lebih bertenaga sekarang dan sedikit lebih ceria. Dia mahu makan semuanya, yang memang boleh difahami selepas tidak makan selama 14 hari.”

“Namun, keadaannya masih belum benar-benar mengizinkan, jadi kami hanya membenarkan dia makan dalam jumlah yang sedikit pada satu-satu masa.”

Screenshot 2026 06 08 155321

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |