Syaz Ft 2026 04 29T131048.958

Dunia hiburan kecoh sekejap bila pelakon berbakat, Siti Khadijah Halim nampaknya sudah sampai ke tahap hilang sabar! Mana tidaknya, nama baiknya tiba-tiba terpalit dengan hantaran berbaur fitnah serta suntingan foto yang sangat tidak bertanggungjawab.

Enggan berdiam diri maruahnya dipijak, Siti Khadijah, 29, nekad mahu mengheret individu tersebut ke muka pengadilan.

Artikel berkaitan: “Mahal gambar ni” – Bergambar Dengan Ina Naim & Suami, Mawi Dipuji Netizen

Artikel berkaitan: Kasari Tunang Hingga Cedera, Pengasas Kosmetik Rela Rugi RM150K Batal Perkahwinan Anak Dengan ‘Pempengaruh’

Menerusi perkongsian di Instagram Story, pelakon drama Dia Yang Ku Cinta ini menegaskan bahawa dia mahu mengambil tindakan undang-undang yang lebih serius kali ini. Dia tidak mahu sekadar buat laporan polis yang akhirnya senyap tanpa hasil.

“Boleh tak sesiapa beritahu Siti macam mana nak pastikan mereka ini kena hukuman setimpal? Saya nak ambil tindakan yang betul-betul,” tulisnya.

Apa yang lebih mengecewakan, Siti Khadijah meluahkan rasa ralat kerana terpaksa melayan kerenah ‘bodoh’ netizen yang hanya membuang masanya. Bagi Siti, fokus utamanya hanyalah untuk bekerja keras dan mengumpul duit demi masa depan, bukannya melayan isu remeh yang tidak berasas.

Jelasnya lagi, hantaran yang tular itu sangat tidak masuk akal kerana dia tidak akan sesekali melakukan perkara sedemikian. Namun, memandangkan individu tersebut sudah ‘salah percaturan’ hingga mengganggu ketenteraman hidupnya, tindakan tegas perlu diambil.

Cats 33

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di aplikasi Threads yang memaparkan sekeping foto wanita mirip pelakon itu bersama seorang lelaki. Lebih parah, kapsyen hantaran tersebut mendakwa kononnya Siti cuba mengganggu tunangan orang.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.