Ramai netizen kini sedang teruja apabila melihat pempengaruh hebat Khairul Aming dan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bersua di restoran Rembayung baru-baru ini.
Menurut Khairul Aming menerusi hantaran Threads miliknya, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi itu dilihat berkunjung ke restoran Rembayung buat kali kedua bagi meraikan sambutan ulang tahun pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Artikel berkaitan: “Air bukan masuk melalui cermin”- Restoran Rembayung Bocor Ketika Hujan Lebat, Ini Penjelasan Daripada Kontraktor
Artikel berkaitan: “Camne nak pulangkan” – Bungkus Makanan Di Rembayung Dapat ‘Free’ Senduk, Khairul Aming Pun Terkedu
“Hari ni kali kedua Dato’ Sri Siti Nurhaliza berkunjung ke Rembayung untuk celebrate birthday Puan Rozy. Happy birthday Kak Rozy! Tokti bagi KA album guyss. Nanti kita play kat Rembayung”
Melihat kedua-dua individu ikonik ini bersua, ramai netizen meluahkan rasa teruja dan suasana di restoran tersebut juga dilihat agak meriah kerana para pengunjung restoran dapat melihat kedua-dua ‘idola’ mereka bertemu dalam satu masa.
Malah, mereka yang berada di Rembayung pada waktu ini juga menyifatkan suasana di situ berubah seolah-olah sesi ‘meet & greet’ pula.

Sumber : Threads

5 hours ago
7






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















