Kdn Ft

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengalu-alukan penglibatan ahli akademik, aktivis masyarakat sivil, badan pemikir, pengamal undang-undang, pakar keselamatan serta pihak berkepakaran lain untuk mengemukakan cadangan berhubung isu pengurusan pelarian di Malaysia.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, isu pelarian bukanlah perkara baharu, sebaliknya merupakan isu legasi yang telah berlarutan merentasi pelbagai pentadbiran.

Screenshot 2026 06 16 At 11.08.47 Am

Namun, beliau menegaskan kerajaan tidak menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mengelak daripada bertindak.

Artikel berkaitan: Sejarah Tercipta Selepas 69 Tahun, Anak Wanita Malaysia Lahir Di Luar Negara Dapat Hak Sama Rata

Artikel berkaitan: Pasport Menantu Muhyiddin Yassin Telah Dibatalkan – Kementerian Dalam Negeri

Antara cabaran utama yang dikenal pasti ialah ketiadaan data lengkap dan tepat mengenai individu dalam kategori pelarian. Justeru, kerajaan kini sedang melaksanakan proses pengumpulan data dan maklumat biometrik secara lebih menyeluruh bagi memperkukuh aspek keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, kesihatan awam, pekerjaan dan kesejahteraan masyarakat setempat.

Saifuddin turut menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan negara dan tidak melindungi pelaku jenayah.

Beliau berkata langkah yang diambil ketika ini bukan bertujuan melindungi pelarian, sebaliknya bagi memastikan kerajaan mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk mengurus realiti yang telah lama wujud demi melindungi kepentingan negara, keselamatan rakyat dan ketenteraman awam.

Saifuddin turut menegaskan bahawa status pelarian bukan lesen untuk melanggar undang-undang Malaysia. Mana-mana individu yang melakukan kesalahan jenayah atau melanggar undang-undang tetap akan berdepan tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan yang sewajarnya.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.