Insiden Abang Kejar Kereta BF Adik Jadi Punca Kemalangan 3 Kenderaan Di Highway Dekat Kampar

4 days ago 16

Baru-baru ini, tular satu rakaman video memaparkan insiden sebuah kereta mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 308 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Kampar yang mana berakhir dengan kemalangan melibatkan tiga kenderaan.

Menurut Harian Metro, difahamkan insiden kejar mengejar itu berpunca daripada perselisihan faham berkaitan hal kekeluargaan di mana seorang lelaki yang memandu Honda City bertindak mengejar adiknya yang dikatakan mengikut teman lelaki menaiki MPV jenis Proton Ertiga.

Insiden sebuah kereta mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 308 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Kampar, pagi semalam berakhir dengan kemalangan membabitkan tiga kenderaan.

Berita penuh: https://t.co/wpS71msfm7 pic.twitter.com/Ai8fqDoZFu

— Berita Harian (@bharianmy) April 9, 2025

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pihakya juga telah menerima dua laporan mengenai kemalangan tiga kenderaan itu sekitar jam 10.46 pagi (Selasa) yang mana kejadian ini juga tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, mujurlah kejadian itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa, namun siasatan awal mendapati terdapat unsur jenayah yang berlaku sebelum kemalangan berkenaan.

Kejadian berlaku di lorong kanan lebuh raya apabila salah satu kenderaan terbabit didapati membrek secara mengejut yang menyebabkan ia dilanggar dari arah belakang oleh dua kenderaan lain.

“Kemalangan berpunca daripada perselisihan faham di antara dua kenderaan itu, dan berlaku aksi kejar mengejar sebelum salah satu kenderaan membrek secara mengejut,” katanya.

Artikel berkaitan: Kes Treler Terbabas Di Kluang: Tayar Pecah Punca Kemalangan, Pemandu Ditahan

Artikel berkaitan: “Janji raya bersama tinggal kenangan” – Pasangan Suami Isteri Maut Kemalangan Rupanya Baru 3 Bulan Kahwin

Pengadu ternampak teman lelaki dengan wanita lain jadi punca? 

Dalam satu laporan lain, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya sebelum itu ada menerima laporan berkaitan satu kejadian di mana pengadu berumur 24 tahun mendakwa terserempak teman lelakinya dengan seorang wanita yang dikenali di sebuah pasaraya, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian itu telah mengakibatkan berlakunya pertengkaran mulut di antara mereka.

Wanita itu kemudian bertindak memukul pengadu menggunakan tangan hingga cedera di muka.

“Teman lelaki pengadu cuba meleraikan, namun berlaku pergelutan ketika pengadu cuba mengambil telefon bimbit wanita tersebut sebelum telefon itu terjatuh serta rosak,” katanya.

Teman lelaki pengadu kemudian didakwa menawarkan diri untuk menghantar pengadu pulang ke rumah bersama wanita yang memukulnya.

Bagaimanapun, lelaki itu memandu ke arah kampungnya dan bukan ke rumah pengadu.

“Dalam perjalanan, berlaku pertengkaran antara mereka bertiga, pengadu mendakwa telah dipukul oleh kedua-dua mereka sebelum berpatah balik ke rumah pengadu di Bandar Baru Sri Petaling,” katanya.

3078039

Apabila tiba di rumah, abang pengadu cuba mendekati kereta lelaki terbabit tetapi kenderaan itu dikatakan dipandu laju dan hampir melanggarnya.

Abang pengadu kemudian mengejar kereta itu hingga ke Lebuhraya Tol Gopeng sebelum berlaku kemalangan seperti yang tular di media sosial.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau komen yang boleh mengganggu siasatan.

Dalam pada itu, IPD Kampar memaklumkan bahawa mereka hanya mengambil tindakan berkaitan kes kemalangan sahaja, manakala kes jenayah pula diambil tindakan oleh IPD Serdang kerana kejadian bermula di sana.

Fuh macam filem aksi dah min tengok. Risau ye kejar mengejar macam tu sampai kemalangan. 

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |