Ini Idea Menu Bajet Yang Korang Boleh Masak Sendiri Kalau Nak Buat Open House

1 week ago 25

Sedar tak sedar seminggu sudah kita beraya, biasanya rakan-rakan, daudara mara, bahkan kita sendiri akan merancang untuk melakukan rumah terbuka kepada semua.

Ia sebagai satu lagi fasa raya untuk kita bersua dengan sahabat lama,rakan sekerja, kawan terdekat atau berkumpul dengan saudara mara lagi sekali selepas hari.

Bahkan rumah terbuak juga sebagai satu cara untuk memudahkan kita menerima tetamu sekaligus untuk beraya tanpa perlu menganggu waktu lapang kita kelak.

Tapi nak buat rumah terbuka ini sah-sah kena ada kos yang agak tinggi, jadi di sini kami nak bagi cadangan senarai menu simple dan jimat kos korang boleh pertimbangkan untuk dijadikan menu utama raya terbuka nanti.

Artikel berkaitan : Anak Tetamu Lenyekkan Nasi Himpit Atas Karpet, Lelaki Luah Trauma Nak Buat Rumah Terbuka

Artikel berkaitan : 6 Menu Yang Mesti ‘Laris’ Dimakan Tetamu Kalau Plan Nak Buat Open House Tahun Ni

Berbanding dengan perkongsian min di atas ni, semua menu yang laris ini memakan kos yang tinggi bahkan agak susah kalau nak dibuat di rumah mereka yang ada ruangan terhad. 

Menu Utama

Nasi Impit

YosriNasiHimpit

Bukan lah nak suruh korang masak nasi impit kosong-kosong bagi tetamu, tapi, dengan nasi impit korang boleh buat macam-macam lauk. Nasi Impit boleh dimakan dengan rendang, kuah lodeh, kuah kacang, soto, serunding, nak makan dengan sambal tumis atau sambal udang pun boleh tau. Tak ke dah jadi satu hidangan besar tu?

Rendang

Lemang kukus

HD 3

Nak cari lemang periuk kera memang susah, nak buat lemang buluh pula, satu kerja pula, jadi, korang cuba je buat lemang kukus yang viral tu.

Hanya pakai beras pulut, santan, gelas kertas dan daun pisang lepastu kukus. Ye lah, alang-alang dah ada lauk yang listkan kat atas tu, kan sedap kalau dimakan dengan lemang juga.

Bukan tak nak recommend ketupat palas, tapi ni yang nak jimat kos dan tenaga kan? Kalau tak dan juga nak buat lemang kukus, buat je pulut kuning.

Spaghetti

marc wieland 3mE9nGPisLI unsplash

Kenapa spaghetti? Korang hanya perlu rebus banyak-banyak dan buat 2 kuah yang confirm tetamu akan capai kalau ada pasta bolognese dan laksa johor. Lepastu boleh lah sediakan bahan lain amcam sambal belacan sayur-sayur ulamannya. Kan dah settle kat situ, mudah dan jimat, tak perlu masak makanan utama yang lain.

Mihun Putih

photo

Mihun putih atau orang panggil mihun Singapore ini jadi saranan min sebab bahan nak dibuatnya sangat mudah dan paling tak renyah kalau nak disediakan dalam kuantiti yang banyak atau mungkin menu ini sesuai kalau-kalau ada sekumpulan kecil yang nak datang beraya kat rumah tapi kuih raya dah nak habis atau hujung-hujung raya.

Sesuai juga kalau mereka yang tinggal di rumah apartment yang ruangan terhad untuk letak banayk hidangan atau tidak banyak makan ruang kalau nak masak.

Pembuka Selera (Appetizer)

Sandwich sardin

Sardin Masak Tomyam 1536x1152 1

Kalau nak dibandingkan dengan Tuna, boleh dikatakan ia lebih banyak makan kos, untuk tetamu yang ramai dan menggunakan tuna, kena pakai kuantiti yang banyak melainkan kalau korang gantikan dengan sardin, tumis sikit-sikit dengan bawang lepastu hancurkan, silap-silap hanya gunakan 2 atau 3 tin besar sahaja untuk dapatkan kuantiti sandwich yang banyak.

Karipap

462129165 3866845150301571 5853660024332176925 n

Memandangkan sardin dah ada, alang-alang boleh lah buat terus karipap inti sardin, cuma tambah stok sardin sikit je lah, dan bila alang-alang dah ada dough karipap tu, boleh diperluaskan terus buat inti kentang. Terus banyak menu korang atas meja tu. Tapi kalau nak jimat sardin dah cukup.

Donat

maxresdefault

Donat juga boleh dijadikan satu idea sebab selain daripada salut gula, korang boleh pelbagaikan lagi dengan mengguakan coklat, jem dan macam-macam lagi lah jenis donat yang sekaligus boleh jadi pencuci mulut terus.

Pau sambal/Burger Malaysia

maxresdefault 1

Alang-alang dah ada donat tu, dough yang lebih korang boleh buat kuih Burger Malaysia terus. Cuba refer menu nasi impit kat atas, selain rendang semua tu, ada sekali dengan sambal tumis kan? You”re welcome.

Roti Jala

d2f6680e41ffdff637fc21f46430061e58fcaa98

Kalau ada lebihan tepung tu, buat lah sikit roti jala atau jadikan ini menu appetizer korang tanpe perlu buat donat dan burger Malaysia tu, sebab nak banyak guna bahan, sekilo tepung pun dah boleh dapat banyak roti jala dah.

Pencuci Mulut 

Biasanya pencuci mulut ini adalah manisan-manisan yang sejuk, selain daripada buah-buahan macam tembikai, honey dew, oren yang murah tapi boleh dapat banyak, korang boleh cuba utilizekan bahan yang korang dah ada untuk buat menu utama dan pembuka selera tu, misalnya..

Cendol

Chendol at Cendol Melaka Changi Village 1

Cendol ini mudah sahaja cuma kena jaga elok-elok sebab ada santan. Ideanya, alang-alang dah beli santan untuk masak rendang, boleh lah beli lebih sikit untuk dibancuh dengan air gula melaka bersertakan cendol tu. Dah jadi satu bancuhan air sedap.

Bomboloni

bomboloni

Ada lebih tak tepung buat donat dengan burger malaysia tu? Boleh buat bomboloni, pakai satu inti sahaja sudah memadai.

Kek batik 

0cc4642ad35e532bd90b76e4c211b3d28cfbe088

Satu lagi typical manisan kita yang mesti ramai orang suka, nak buat pun mudah tak perlu bersusah payah, bahan yang nak digunakan pun tak banyak. Mungkin paste coklat yang dibuat tu boleh dijadikan inti bomboloni? Betul tak?

P/s : Ini min tunjuk part makanan tau, kalau minuman tu, refer je IG Khairul Aming yang dia buat masa buat puasa, min tengok semuanya makan kos murah dan murah je tu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |