Seorang personaliti media sosial, Tareq Fit telah mencuri tumpuan orang ramai selepas meluahkan pandangannya berhubung dengan sikap segelintir lelaki yang baginya sudah menyimpang daripada fitrah asal.
Dalam perkongsiannya di Instagram, Tareq menegur lelaki-lelaki yang berpersonaliti seakan wanita dan menganggap bahawa trend tersebut kini semakin membimbangkan.
Artikel berkaitan : “Tak pernah keluar rumah dengan eye shadow” – Alha Alfa Tepis Kecaman Lelaki Bermakeup
Artikel berkaitan : Wanita Diarahkan Buang Makeup Lepas Imbasan Imigresen Gagal Kenal Pasti Rupanya
“Saya nak tanya satu soalan, kenapa ramai lelaki zaman kita kat Malaysia pun ramai menjadi sotong. What’s wrong with you guys?
“Dah jauh dari fitrah lelaki buat perangai perempuan menjadi biasa, pakai make up, berjoget. Bercakap pun lembut-lembut, sotong. Kesian perempuan jadi mangsa.”
Tegasnya, selain daripada menjejaskan imej lelaki, perubahan tingkah laku tersebut telah memberi kesan terhadap keseimbangan sosial dan institusi kekeluargaan.
Oleh itu, Tareq menyeru golongan pempengaruh dan golongan agamawan agar tidak berdiam diri dalam hal ini, bahkan dia berharap mereka dapat menggunakan pengaruh masing-masing untuk membendung fenomena ini.
“Bila lelaki buat perangai perempuan, jadi gay. Siapa yang akan berkahwin dengan perempuan. Ramai lelaki gay kahwin tapi belakang main dengan lelaki. Banyak kes. Bila perkara ini dianggap normal siapa yang mahu selamatkan generasi baru, perkara ini akan menjadi gangguan kepada Fitrah.”
“Kepada semua lelaki yang pakai makeup, anda bukan jantan anda syetan. Ini adalah perangai syetan dan budaya barat yang nak hancurkan umat islam. Tolonglah semua pempengaruh, ustaz yang ada kemampuan untuk bersuara dan naikkan isu ini untuk selamatkan generasi kita.”
Di ruangan komen ramai netizen bersetuju dengan pandangan Tareq ini dan anggap bahawa ia sebagai satu peringatan buat lelaki agar tidak terikut-ikut dengan budaya luar.

Sumber : Instagram

13 hours ago
8































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















