Pelakon dan pempengaruh popular, Fatin Afeefa, meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga menerusi beberapa hantaran di aplikasi Threads selepas perjuangan menuntut hak nafkah anaknya di mahkamah selama tiga tahun akhirnya membuahkan hasil.
Beliau berkongsi berita gembira tersebut dengan memaklumkan bahawa pihak mahkamah telah memutuskan tuntutan nafkah bulanan untuk anaknya dinaikkan, selain kos yuran sekolah kini akan ditanggung sepenuhnya.
Artikel berkaitan: “Hukum nama anak dengan nama malaikat harus kecuali” – Nama Anak Fatin Afeefa Menjadi Topik Perbahasan Netizen
Artikel berkaitan: Kes Hadanah Interim Selesai, Fatin Afeefa Dapat Hak Penjagaan Sementara Anak Perempuan
Menerusi perkongsian di Threads tersebut, Fatin mendedahkan bahawa proses undang-undang ini merupakan satu perjalanan yang panjang dan meletihkan. Beliau mendedahkan tempoh tiga tahun itu bermula sejak beliau mengandungkan anak bongsunya sehinggalah kini anaknya itu sudah mencecah usia dua tahun.
“3 tahun bukan sekejap. Dari mengandung sampai si bongsu dah 2 tahun, ulang alik mahkamah. I stayed. I fought. For my daughter. For Ivy,” luah Fatin mengenai ketabahannya demi memastikan masa depan Ivy terjamin.
Jelas Fatin, keputusan mahkamah ini membuktikan bahawa hak anak adalah sesuatu yang sentiasa ada dan kini ia akhirnya dipenuhi. Beliau turut berasa lega kerana segala kos tersebut kini tidak lagi perlu ditanggung oleh pihak ibu secara bersendirian setelah mahkamah mengesahkan kemampuan pihak bapa.
Dalam hantaran yang sama, Fatin turut memuat naik ucapan penghargaan istimewa buat suaminya yang sentiasa memberikan sokongan di sebalik tabir. Beliau menyifatkan suaminya sebagai seorang bapa yang sangat bertanggungjawab kerana telah menguruskan segala keperluan Ivy dengan ikhlas tanpa perlu meminta sebarang pengiktirafan.
Sumber: Threads

1 hour ago
7































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















