Tak rasa sedih dan marah, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat sebaliknya merasakan suaminya, Nabil Mahir diganggu oleh orang ketiga di depan matanya itu sebagai satu pengalaman yang melucukan.
Menerusi Threads, Ayda dan Nabil ada urusan kerja di Bintulu, Sarawak. Kejadian diganggu oleh ‘penyondol’ itu semasa Ayda dan Nabil sedang melepak di sebuah tempat bersama rakan sekerja yang lain.
Artikel berkaitan: “Dia menghilangkan diri” – Ayda Jebat Dah 3 Bulan ‘Lost Contact’ Dengan Adik Lepas Dilanda Kontroversi
Artikel berkaitan: Ayda Jebat Simpati Tengok Kaki Netizen Melecet, Sanggup Beli Semula Kasut RM 638
“I like you”
Menurut Ayda, suaminya Nabil tiba-tiba menerima 2 helai kertas daripada seseorang yang bertulis “Hi please call me”. Terkejut apabila membacanya, Nabil buka sehelai lagi kertas yang mengandungi nombor telefon.
Kata Ayda, dia mula tergelak apabila melihat memo tersebut dan Nabil pula berasa ‘seram’ kerana perkara tersebut terjadi di hadapan isterinya. Bagaimanapun, suasana menjadi semakin lucu apabila mereka mendapati bahawa individu yang mengurat Nabil itu adalah lelaki.

“Dia terus tegur Nabil, dia cakap lebih kurang camnilah ‘Hi! I’m the one who send you this. Dia cakap ‘I really like your style. You’re not womanizer, lalalallalalalala dan bla3.’ Ada lebih kurang 4 kali maybe more la dia sebut I really like you to Nabil.”
Kata Ayda, lelaki tersebut seolah-olah memberikan bermacam-macam alasan seperti ingin menjalanklan bisnes bersama. Dalam pada itu, Ayda hanya memerhatikan dari tepi melihat reaksi suaminya berkomunikasi dengan lelaki tersebut.
Namun begitu, Ayda menegaskan bahawa apa yang terjadi ini bukanlah disebabkan tempat yang dia pergi. Menurutnya warga Sarawak baik-baik belaka. Katanya, lelaki yang cuba mengurat Nabil itu bukanlah orang Sarawak kerana lelaki tersebut mengatakan yang dia ada business trip di situ.
Sumber : Threads

13 hours ago
12































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















