Teka-teki mengenai status rumah tangga personaliti media sosial, Ahmad Aslam dan isterinya, Marissa Dania masih tergantung. Namun, apa yang pasti, Aslam nampaknya lebih selesa untuk mengambil pendekatan berdiam diri dan menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan pihak berkuasa.
Ditemui selepas prosiding kes lafaz rujuk dan cerai pasangan itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari ini, Aslam kelihatan tenang namun tegas dengan pendiriannya.
Artikel berkaitan: Aslam Tepis Dakwaan Pernikahan Dengan Marissa Masih Belum Berdaftar
Artikel berkaitan: “Semoga selesai dengan cepat, tolong aminkan ye” – Abby Abadi Sokong Marissa Nak Cerai
Reda Dengan Keputusan Mahkamah
Memetik laporan mStar, Aslam, 26, memilih untuk tidak mengulas dengan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku di dalam bilik bicara. Baginya, urusan tersebut sudah pun selesai dan kini hanya menanti keputusan rasmi daripada mahkamah.
“Perbicaraan ini dah selesai, saya cuma minta doa yang baik-baik. Saya tiada apa-apa nak komen, semuanya bergantung pada mahkamah,” katanya.
Aslam juga menyatakan rasa reda dengan apa jua keputusan yang bakal diumumkan kelak dan berharap agar segala urusan mereka dipermudahkan.
Marissa Hanya Mampu Geleng Kepala
Dalam pada itu, Marissa Dania, 21, yang turut hadir dalam prosiding yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu dilihat mengelak daripada memberikan sebarang kenyataan.
Anak kepada pasangan pelakon popular, Norman Hakim dan Abby Abadi ini hanya menggelengkan kepalanya apabila ditanya pihak media sama ada dia menangis ketika bergegas meninggalkan perkarangan mahkamah. Seperti Aslam, dia juga enggan mengulas mengenai prosiding yang baru sahaja dilalui mereka di hadapan Hakim Syarie, Nadiah Khamis.
Sumber: mStar

4 hours ago
6































:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















