Syaz Ft 2026 06 15T155656.957

Padah melakukan tindakan rasis, seorang lelaki warga Mexico menerima kecaman hebat satu dunia selepas tular satu klip video memaparkan dirinya mengejek seorang pempengaruh content creator terkenal Korea Selatan, Yoon Su-jin.

Dalam insiden yang berlaku ketika perlawanan Piala Dunia antara Korea Selatan dan Republik Czech di Mexico itu, Yoon atau lebih dikenali sebagai Ino Cat sedang merakam video dirinya di dalam stadium. Bagaimanapun, seorang lelaki di belakangnya yang dikenali sebagai Ulises Fernando Bernal Miramontes kantoi membuat aksi menarik hujung mata (slanted-eyes) sambil ketawa.

Artikel berkaitan: Nak Tengok Bola Tapi Tersalah Fokus! Ini 7 Pemain Kacak Bawah 30 Tahun Yang Beraksi Di FIFA World Cup 2026!

Artikel berkaitan: Dr Zulkifli Anjur Tazkirah & Ajak Pengikut Tengok World Cup Dekat Dataran Nilai Raih Pujian

Tindakan tersebut, yang dianggap sebagai satu bentuk penghinaan dan rasis terhadap masyarakat Asia Timur, telah mencetuskan kemarahan luar biasa netizen. Video berkenaan meraih lebih 65,000 komen dan dikongsi semula sebanyak 120,000 kali di media sosial. Malah, ramai warga Mexico sendiri tampil memohon maaf bagi pihak Bernal dan menyifatkan tindakan itu sangat memalukan serta tidak mewakili rakyat negara mereka.

Menurut laporan BBC, susulan penularan video tersebut, Bernal bukan sahaja terpaksa menanggung malu, malah dia dilaporkan telah dipecat serta-merta daripada jawatannya sebagai Presiden Kolej Jurutera Geomatik dan Ukur Topografi Jalisco (CITGEJ).

@latinus_us

Ulises Bernal Miramontes ofreció una disculpa pública tras el gesto racista hacia la influencer coreana Ino Cat en el partido de Corea. “Estoy muy arrepentido”, aseguró. Afirmó que ya buscó a la influencer para pedirle disculpas de frente y confirmó su renuncia a la presidencia del Colegio de Ingenieros Topógrafos Geomáticos de Jalisco, asumiendo las consecuencias a título personal. #Latinus #InformaciónParaTi #ElOtroMundial

♬ original sound – Latinus – Latinus

Bernal akhirnya memuat naik kenyataan permohonan maaf secara terbuka. Beliau mengakui kesilapannya dan menyatakan rasa kesal yang amat mendalam atas apa yang berlaku, selain menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk menegakkan benang yang basah atas perbuatan biadabnya itu.

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.