Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) berpandangan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkemungkinan besar tidak akan membatalkan sepenuhnya hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Baginda bertitah, keputusan akhir FIFA mungkin hanya melibatkan pengurangan hukuman seperti denda atau pemotongan mata pasukan, namun tidak sampai ke tahap membatalkan keputusan asal.
“Saya rasa FIFA tak akan ubah keputusan, mungkin hanya kurangkan hukuman.
“Mungkin mereka akan kenakan denda, potong mata Harimau Malaya dan gantung pemain-pemain yang terlibat,” titah baginda dalam sidang akhbar pada Sabtu.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota IsmailArtikel berkaitan: “Macam Mana Semua Ni Boleh Jadi?” – Kronologi Penuh Isu FIFA Denda FAM Atas Kes Pemalsuan Dokumen Pemain
Artikel berkaitan: “Kenyataan FIFA tu bukan hal kecil” – Hannah Yeoh Respon Isu Pemain Warisan FAM
Menurut TMJ, pasukan peguam ketika ini masih berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan keadilan buat FAM dan para pemain.
Jelasnya, isu ini berpunca daripada kesilapan teknikal ketika proses penghantaran dokumen, yang akhirnya menimbulkan salah faham terhadap status sah pemain warisan terbabit.
“Kesilapan teknikal itu berlaku ketika dokumen dihantar… Mungkin sebab itu Setiausaha Agung digantung. Tapi soal integriti tak boleh dipersoalkan kerana dari segi perlembagaan, pemain ini sah dari segi undang-undang,” titah baginda.
TMJ menegaskan, pemain-pemain tersebut tidak seharusnya dipersalahkan kerana mereka tidak mengetahui mengenai isu berkenaan.
“Mereka tidak tahu apa-apa dan tak patut digantung. Tapi undang-undang tetap undang-undang, kita kena hormati proses yang sedang berjalan,” titah baginda.
FIFAFAM sebelum ini dikenakan denda kira-kira RM1.8 juta, manakala setiap pemain dikenakan denda RM10,560 serta gantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.
Antara pemain terbabit ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel, Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado dan Imanol Machuca.
FAM juga telah mengemukakan rayuan rasmi kepada FIFA, dengan keputusan dijangka diumumkan pada 30 Oktober ini.
“Kita akan terus perjuangkan keadilan berdasarkan dokumen dan bukti yang ada,” titah baginda.
Sumber: Sinar Harian

3 hours ago
4






























:format(webp)/article/eqstJsRKUpSX2b8nsKE1k/original/t3wozuijo4ms09v25p6egu2bbvt18xxg.jpg?w=128&q=100)


















